Sejak akhir-akhir ini nama Hun Haqeem sering sahaja menjadi bualan netizen di sosial media. Hasil lakonannya dalam drama yang menjadi fenomena terkini, Kampung People sebagai Jekfer membuatkan namanya kian dikenali.
Jom kenali serba sedikit mengenai figura tersebut melalui biodata Hun Haqeem yang dikongsikan ini.
Biodata Hun Haqeem
NAMA PENUH: Haqeem Bin Hermy
NAMA POPULAR: Hun Haqeem
TARIKH LAHIR: 7 Januari 1998
ASAL: Kuching, Sarawak
UMUR: 22 Tahun
PENDIDIKAN: KUPTMKL (Komunikasi Korporat)
PROFESION: Pelakon dan model
INSTAGRAM: hunhaqeem
Ringkasan mengenai jejaka ini
Mula berlakon dalam drama ‘Cari Aku Di Syurga’ dan ‘Cinta Belum Tamat Tempoh’, bakat lakonannya yang sangat bersahaja menjadi perhatian ramai. Berbekal rupanya yang elok dengan pakej bakat lakonannya menjadikan nama Hun Haqeem kian dikenali.
Memiliki darah kacukan Melayu dan Cina, Hun Haqeem mula berkecimpung dalam dunia lakonan ketika menjalani latihan di Jabatan Komunikasi Korporat, New Strait Time Press.
Dia kemudiannya bernaung di bawah syarikat MIG Prodctions dan dari situ bakatnya mula berkembang.
Lelaki berasal dari Kuching, Sarawak ini turut meraih perhatian ramai kerana wajahnya dikatakan seakan artis Korea.
Kini nama Hun Haqeem lebih dikenali sebagai Jekfer (Jaafar) kerana karakter yang dilakonkannya dalam drama Kampung People yang disiarkan di TV3.
Foto
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Wikipedia / Hun Haqiem
Kredit: HCL
Be the first to comment on "Biodata Hun Haqeem, Pelakon Watak Jekfer Dalam Kampung People"