Neelofa ulas foto zaman kecil di Youtube, adik Naura jadi sebutan lagi!

Seperti yang diketahui ramai, adik Naura atau nama sebenarnya Che Naura Auni Che Fadhlullah tular sebagai kembar selebriti terkenal, Neelofa sebelum ini. Penangan adik Naura dan Neelofa ini mendapat perhatian luar biasa apabila wajah mereka sememangnya seiras.

Dua kali kisah mereka juga tular disosial media apabila adik Naura dapat bertemu dengan selebriti popular ini di rancangan Meletop.

Manakala yang kali kedua, apabila usahawan selebriti terkenal ini juga dilihat bertemu dengan adik berusia 5 tahun ini bersama keluarganya.

Dua kali tular, fenomena kembar Neelofa

 

 

Bagaimanapun, adik Naura ini sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila Neelofa berkongsikan dan bercerita mengenai beberapa keping foto zaman kanak-kanaknya bersama ahli keluarga.

Foto dirinya ketika kecil ternyata mencuri perhatian pengguna laman Youtube apabila ada yang menyebut tentang adik Naura menerusi ruangan komen.

Neelofa zaman kecil jadi perhatian

VIDEO:

 

Netizen turut mengenang kembali moment Neelofa terkejut dan teruja apabila bertemu dengan adik Naura buat pertama kali di rancangan Meletop.

 

Sememangnya, foto zaman kanak-kanak selebriti ini membuatkan netizen sekali lagi akui wajah Neelofa zaman kecil dengan adik Naura memang lebih kelihatan sama.

“Patutla Neelofa teruja gila masa jumpa Naura…”

 

“Masya Allah, kak Neelofa sebiji macam Naura…”

 Sumber: HCL

 

 

 

 

Be the first to comment on "Neelofa ulas foto zaman kecil di Youtube, adik Naura jadi sebutan lagi!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*