Rancangan realiti TV, The Voice edisi Indonesia yang mencari bakat nyanyian baru-baru ini telah meraih perhatian ramai. Ini kerana salah seorang peserta The Voice Indonesia membuat persembahan yang cukup emosi ketika sesi ujibakat menjadi tular di sosial media.
Nama peserta itu adalah Genya yang berasal dari Bandung Indonesia. Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter itu, kelihatan Genya sedang bersyair doa Abu Nawas dengan suara yang cukup merdu sekali.
Dalam video berdurasi seminit lebih itu sudah cukup membuatkan juri mengalir air mata terharu mendengarkan kemerduaan suaranya.
Berikut adalah video peserta The Voice Indonesia berzikir yang tular di sosial media:
Selawat dkt the voice,sumpah yng ni antara selawat paling sedap penah aku dngarđđ pic.twitter.com/J1j1aLQFB0
— shanks (@syfqpit) January 1, 2020
Perkongsian itu telah meraih lebih 84,000 tontonan dan 9,800 retweets serta 13,500 likes.
Berikut adalah rakaman penuh Genya ketika sesi Blind Auditions:
Lantunan enak didengar lelaki ini telah membuatkan bukan sahaja juri hiba malah netizen yang menontonnya turut terkesan. Berikut antara reaksi netizen yang ditinggalkan di ruangan komen Twitter dan Youtube ini adalah seperti berikut:
âAku menangis doh proud of themâ
âSumpah, siapa yang dengar dia selawat sambil menitiskan air mataâŚâ
âMenyentuh!! Baru kali ini aku lihat ada yang berani bawakan lagu keagamaanâ
Sumber: The Voice Indonesia / Twitter / HCL
Be the first to comment on "Persembahan Peserta The Voice Indonesia Ini Buat Juri Menitiskan Air Mata"