Kampung People, sebuah drama bersiri yang memaparkan jalan cerita berbeza dari kebiasaan cerita Melayu di televisyen. Drama Kampung People ini saban hari menjadi pilihan dan kegemaran rakyat Malaysia untuk menontonnya. Biarpun begitu antara watak yang menjadi trending di sosial media sejak beberapa hari ini adalah Jekfer (Jaafar). Karakter Jekfer dalam Kampung People ini dilakonkan oleh Hun Haqeem.
Seperti kebiasaan sesebuah drama jika tiada plot twist dan kisah cinta agak membosankan. Jadi dalam drama ini turut memaparkan kisah cinta Lailer (Laila) kepada Jekfer. Biarpun begitu, Jekfer sebenarnya bakal bertunang dengan gadis dari kampung tersebut.
Laila yang mengetahui mengenai hal ini cukup kecew4 dan mula mengelak dari berjumpa Jekfer. Di laman Instagram pelakon yang memegang watak Jaafar dalam Kampung People ini, Hun Haqeem berkongsikan sedikit sedutan dari episod tersebut.
Biarpun begitu, maklum balas dari netizen yang terbawa-bawa dengan watak dalam drama tersebut telah meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
Berikut adalah petikan dari drama ini yang dikongsikan oleh Hun Haqeem:
Perkongsiannya ini telah meraih lebih 92,000 tontonan dan pelbagai komen dari netizen. Berikut antara reaksi netizen mengenai Jekfer dalam Kampung People episod kali ini:
“Dia tengah sedih latu taknak jumpa Jekfer sebab Jekfer dah bertunang ughhh I is marahh”
“Jekfer takyah nak sedih sangat!! Jekfer dah bagi fake hope dekat Rose. Sampai hatii”
“Marah la dengan Jekfer ni, macam mana boleh nak tunang dengan Hanis pulak!!”
Sumber: Hun Haqeem / HCL
Be the first to comment on "Ramai Luah Rasa Ger4m Pada Watak Jekfer Dalam Kampung People"