“Level lain Tokti ni” – Peminat Datang Dari Portugal Untuk Tengok Konsert, Tokti Terharu

Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air. Buah hati peminat muzik tempatan ini bukan sahaja mampu memukau pendengar di Malaysia, malahan turut menggamit hati dan selera pendengar dari Portugal.

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi beberapa keping fotonya bersama satu keluarga dari Portugal, yang juga merupakan peminat setianya.

Sanggup turun ke Singapura bagi menonton persembahan penyanyi lagu Anta Permana itu di Konsert Karya Agung Pak Ngah, Siti turut menerima tetamu berkenaan untuk sama-sama isi masa dan menjamu selera di kediamannya.

“Alhamdullillah, kunjungan istimewa peminat saya dari Portugal. Jauh datangnya untuk menonton konsert #karyaagungpakngah2019 di Singapura baru-baru ini.

”Anaknya juga pandai menyanyikan lagu ciptaan arwah Pak Ngah seperti Nirmala & Kurik Kundi.

“Lagu Bukan cinta biasa & jerat percintaan pun boleh juga,” tulis Siti.

Pada masa sama, Siti yang mesra dipanggil Tok Ti ini juga merakamkan rasa terharu dengan usaha yang diberikan para peminatnya.

”Saya sangat terharu dengan usaha & minat mereka kepada lagu2 saya.. sempat saya jamu mereka dengan makanan melayu & buah durian! Suka betul mereka makan.

”Terima kasih Rui Patricio & family. Saya sangat hargai. Nanti saya kongsikan video nyanyian anaknya & aafiyah menari di youtube chanel saya ye,” maklum Tok Ti di ruangan komen.

 

 

 

Ikuti juga video oleh @IniAlannn kat bawahni untuk tengok reaksi Tokti bila dibawa bertemu dengan peminatnya dari Portugal.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

 

Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza

Kredit: MH via Lobakmerah

 

Be the first to comment on "“Level lain Tokti ni” – Peminat Datang Dari Portugal Untuk Tengok Konsert, Tokti Terharu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*