[VIDEO] “Ketika ‘Live Melodi’,” Kaki Janna Nick Terpelec0k Lalu Terg0lek Depan Pelak0n ‘Kampung Pe0ple’

Ins1den terjatvh sewaktu mengadakan persembahan atau atau mengendalikan sebuah program bukanlah perkara baru. Namun tak dinafikan bahawa kejadian seperti itu sememangnya boleh memberikan mimpi bvruk kepada selebriti yang terlibat.

Bayangkan ins1den tersebut berlaku sewaktu ditonton secara langsung oleh ramai penonton di rumah termasuklah tetamu dan krew di studio. Itulah kejadian yang berlaku terhadap pengacara Melodi, Janna Nick sewaktu bertugas bersama Awal Ashaari sebentar tadi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Makcik Bawang & Pakcik Bawang setiap hari ahad anda ! @meloditv3 ❤️ @awalashaari

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Melodi dimeriahkan dengan pelakon Kampung People

Dalam segmen pertama bagi tahun 2020, rancangan hiburan sensasi ini telah mengundang barisan pelakon drama bersiri yang kian hangat diperkatakan ramai iaitu ‘Kampung People’. Di samping bergelak tawa, Elly Mazlein, Riena Diana, Hun Haqeem dan Kamarul Eqif turut ditanyakan berkenaan pengalaman menarik sepanjang penggambaran serta mengulas tentang watak Jekfer dikec4m sekitar minggu lepas.

Janna Nick tergolek masa nak pergi dekat ‘Yummy’

Walaubagaimanapun, kejadian yang tidak diduga berlaku ketika Janna sedang berjalan menuju ke arah pelakon cilik yang turut terkenal dengan nama panggilan ‘Yummy’. Selebriti wanita itu telah jatuh tergolek di bahagian belakang set temu ramah namun segera dibantu oleh kesemua tetamu yang menyaksikannya. Dalam pada itu, beberapa netizen di laman Twitter turut mengaitkannya sebagai karma gara-gara ‘terbahan’ Elly Mazlein sebelum itu.

VIDEO:

Set studio baru…tak biasa lagi

Perkara itu turut mendapat perhatian para peminat di Instagram apabila ramai yang bertanyakan tentang keadaan kakinya selepas program TV tersebut selesai berlangsung. Menurut pelakon serta penyanyi berusia 25 tahun ini, kecederaan kakinya tidak begitu serius dan sudah mendapat rawatan yang sepatutnya. Malah Janna Nick turut mengakui bahawa dia terpelecok kerana tak biasa bergerak di set studio Melodi yang baru lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: IG jannanick, Twitter schasprouse & AkeemSharyzal

 / @RoseMerah

Be the first to comment on "[VIDEO] “Ketika ‘Live Melodi’,” Kaki Janna Nick Terpelec0k Lalu Terg0lek Depan Pelak0n ‘Kampung Pe0ple’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*