Isteri MB lawat Noor Areesya

 

Beberapa hari lalu tular isu membabitkan pelajar Noor Areesya Redza, 13, yang menolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) tahun ini kerana tidak mahu membebankan kedua orang tuanya.

Susulan itu, bapa Areesya akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapi.

” Saya sendiri belum dapat buat keputusan muktamad kerana anak (Noor Areesya Redza, 13), masih berbelah bahagi untuk belajar di sekolah berasrama penuh (SBP),” kata Redzuan Mansor.

Berikutan itu, remaja itu kini menuntut di tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi Senawang, Negeri Sembilan.

Anak bongsu daripada empat beradik itu sebelum ini mendapat keputusan cemerlang 6A pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Redzuan yang bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan berkata, dia cuba memujuk anaknya namun keputusan terletak sepenuhnya pada Aressya.

Katanya, ramai pihak termasuk isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof, hadir ke rumahnya di Taman Desa Exora Senawang, hari ini, bagi memberikan sokongan terhadap anaknya itu.

” Malah, beberapa guru anaknya ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan Senawang 3, turut hadir dan menghubungi saya bertanyakan perkembangan Noor Areesya.

” Mereka tampil memberikan nasihat dan sokongan kepada anak saya termasuk sokongan untuk melanjutkan pelajaran di SBP.

” Saya amat hargai atas sokongan dan keprihatinan mereka terhadap kepentingan dan masa depan anak saya itu,” katanya.

Redzuan berkata, dia tidak dapat membuat keputusan mengenai hasrat untuk menghantar anaknya itu meneruskan pelajaran di SBP kerana ia terpulang pada pendirian anaknya sendiri.

Menurutnya, ketika ini Noor Areesya dilihat selesa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi Senawang.

” Situasi itu membuatkan saya tidak boleh membuat keputusan mengenainya pada masa ini walaupun hasrat menghantar anak ke SBP itu sentiasa ada.

” Namun, saya perlu ambil kira keputusan yang dibuat Noor Areesya sendiri sama ada dia sedia berpindah ke SBP atau sebaliknya,” katanya.

Berhubung kesediaan pihak yang menzahirkan hasrat membantu anaknya itu dari segi kewangan, beliau amat menghargai keprihatinan pihak terbabit.

Bapa Areesya menerima kunjungan Pemuda Amanah Negeri Sembilan

Sebelum ini berita melaporkan adik Noor Areesya menolak tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) kerana bimbang dengan kemampuan kewangan ibu dan ayah yang hidup serba kekurangan.

” Saya ambil keputusan menolak tawaran TKC itu kerana tidak mahu menyusahkan ibu dan bapa,” katanya

Sementar itu bapa Areesya, Redzuan berkata, dia kini bergantung sumber pendapatan menjual nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan utama taman berkenaan manakala isterinya, Norafiza Abd Hamid, 51, bekerja sebagai pencuci di sebuah institusi kewangan di Senawang.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : Hmetro

 

Be the first to comment on "Isteri MB lawat Noor Areesya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*