Setelah Neelofa selaku pengacara Melet0p mengundurkan diri secara rasmi pada minggu lalu, ramai yang semakin tertanya-tanya siapakah yang menggantikan posisi selebriti popular itu yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad.
Bahkan, sejak kebelakangan ini ramai nama selebriti tanah air telah ‘dipetik’ peminat rancangan berkenaan untuk meneka sebagai pengacara Melet0p dan diantaranya Jihan Muse, Ain Edruce malah Mira Filzah juga jadi sebutan ramai.
Bagaimanapun, semalam Nabil Ahmad tidak hanya muncul sendiri di set Melet0p namun pihak produksi menjemput pelakon dan penyanyi yang sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan iaitu Erra Fazira.
View this post on Instagram
“Surprise! Bukan main main tau parner Nabil untuk episod pertama Melet0p 2020. Erra Fazira…”
Posting di Instagram yang dapat dilihat disamping Nabil Ahmad ada selebriti terkenal itu membuatkan foto berkenaan meraih ribuan tanda suka.
Namun begitu, Erra Fazira didedahkan hanyalah pengacara jemputan rancangan Melet0p sahaja untuk menemani Nabil Ahmad bagi episod pertama pada tahun baharu 2020 ini.
Difahamkan, pengacara baru untuk Melet0p masih belum didedahkan lagi buat masa sekarang.
View this post on InstagramRupanya @errafazira hos jemputan minggu ni! Halah halah kemain syok @nabilzira eh! 🤣 #MeleTOP
Oleh kerana itu, menerusi ruangan komen di laman Instagram rasmi Melet0p ramai yang inginkan Jihan Muse untuk bergandingan bersama Nabil Ahmad.
Dalam pada itu, netizen turut meluahkan rasa suka dengan cara Erra Fazira mengacara dan mengharapkan dia sebagai penganti Neelofa di Melet0p.
Sumber: Meletop / HCL
Be the first to comment on "“Nak Jihan”- Kejutan Melet0p awal 2020, Erra Fazira kendali bersama Nabil"