Pelakon dan usahawan, Zoey Rahman, baru-baru ini menyambut hari jadi yang ke-35 bersama rakan-rakannya dan kelab peminat.
Sambutan itu merupakan satu kejvtan untuk Zoey yang dirancang begitu meriah sekali.
Foto: IG Zoey Rahman
Seperti yang dilaporkan murai.my, apa yang paling menarik perhatian adalah kek hari jadi Zoey yang ditempah khas itu bernilai RM7,000!
Kek tersebut bukanlah kek biasa, malah di dalamnya tersembunyi hadiah hari lahir Zoey iaitu Iphone 11 Pro dan wang berjumlah RM350.
Menurut pembuat kek tersebut, pada mulanya dia tidak tahu untuk menerima atau menolak permintaan untuk membuat kek tersebut tambah pula ia merupakan kek untuk artis.
Akhirnya, dia memberanikan diri menyahut cabaran dan yakin dapat menyempurnakan tempahan kek seperti yang diminta. Ini adalah kek paling mahal pernah dihasilkannya.
Mesti makin popular pembuat kek berkenaan selepas ini. Moga Zoey juga semakin murah rezeki dan kekal awet muda walau usia sudah meningkat.
Sumber: Cari
Be the first to comment on "[VIDEO] Kejvtan Kek Bernilai RM7,000 Sempena Hari Jai Zoey Rahmand"