Juara Maharaja Lawak Mega 2019 milik Puteh, ini senarai penuh pemenang!

 

Umumnya ramai mengetahui bahawa antara kumpulan terpilih untuk melayakkan diri ke pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) adalah kumpulan Bocey, Zero, Rare, Puteh dan J-Born.

Malam ini pula merupakan malam penentuan selepas mereka berjuang selama 10 minggu dan akhirnya tempat juara telah diumumkan.

Juara Maharaja Lawak Mega 2019

Pengacara bagi rancangan terkenal ini, Datuk AC Mizal telah mengumumkan kumpulan Puteh telah bergelar juara sekaligus membawa pulang berupa wang tunai berjumlah RM 500,000.

Tidak dilupakan juga, masing-masing telah memberikan persembahan cukup hebat dan menarik pada malam ini. Jadi ayuh kami kongsikan pula senarai penuh pemenang bagi Maharaja Lawak Mega 2019 buat anda.

Kumpulan Puteh telah dinobatkan juara yang dianggotai oleh gabungan kumpulan Puteh, Ali dan Mamak bersama Man RL. Tahniah!


Foto dari Instagram Zon Lawak

Video persembhan kumpulan Putih

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Persembahan kedua pun 5 ha!! Adakah Puteh juara musim ini?? . Saksikan Maharaja Lawak Mega LIVE + dan undi OPPO UNDIAN ONLINE di www.gempak.com/maharajalawakmega . #maharajalawakmega #Lawakberapiapi #MLM2019 #PUTEHMLM2019 #OPPOReno2

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Kumpulan Zero yang dianggotai oleh 3 adik beradik iaitu Atu, Syaiful dan Syarif pula dinobatkan tempat kedua.


Foto dari Instagram Zon Lawak

Kumpulan Bocey dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad pula merangkul tempat ketiga.


Foto dari Instagram Zon Lawak

Tempat keempat pula kumpulan J-Born yang dianggotai Joey, Khir Rahman dan Vicha.


Foto dari Instagram Zon Lawak

Tempat kelima dimenangi oleh kumpulan Rare yang dianggotai oleh Pak Ya, Ropie dan Ajak.


Foto dari Instagram Zon Lawak

Untuk pengetahuan korang, kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Ajak dan Shahrol merupakan juara Maharaja Lawak Mega 2018. Apapun tahniah buat juara Maharaja Lawak Mega 2019!

Sumber: Zon Lawak / HCL

Be the first to comment on "Juara Maharaja Lawak Mega 2019 milik Puteh, ini senarai penuh pemenang!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*