Episod Akhir Adellea Sofea, Adegan Main Gitar Buat Netizen Tepukk Dahi

 

Drama yang paling diminati ramai, Adellea Sofea telah melabuhkan tirai semalam setelah 28 episod bersiaran untuk penonton-penonton setia.

Episod terakhir drama bersiri itu memberi kesudahan yang bahagia buat kebanyakkan watak-wataknya.

Rata-rata peminat juga senang dengan pengakhiran yang ditetapkan untuk Sofea dan Fir lakonan Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz.

Malah ada juga yang inginkan drama itu diteruskan untuk musim kedua serta mencadangkan episod  istimewa untuk hari raya supaya mereka boleh melihat anak pasangan itu.

Namun satu adegan dalam episod akhir Adellea Sofea telah menarik perhatian penonton untuk memberikan pelbagai komen di media sosial.

Dalam babak di mana Sofea melawat Fir yang sedang koma di hospital, dia hadir dengan sebuah gitar akustik untuk mendendangkan beberapa rangkap lagu Tanya Sama Itu Hud-Hud oleh M. Nasir.

VIDEO:

Suaminya yang telah lama koma akhirnya terjaga dan menyambung lirik yang dinyanyikan Sofea, membuktikan bahawa memori mereka dahulu masih kuat di ingatan.

Namun babak tersebut mendapat banyak krit1kan dari penonton yang merasakan ia tidak menggambarkan aj4ran Islam yang betul.

Selain itu ramai juga yang merasakan babak itu terlalu ‘cliche‘ dan ‘cringy‘ kerana dikatakan meniru filem luar negara dan tidak dapat dikaitkan dengan kehidupan realiti.

“Simbolik kenangan…”

“Pernah ada kes…main lagu kegemaran budak bangun dari k0ma…”

“Dah lama ada…”

“Ada ke orang baru sedar k0ma…”

Walau bagaimanapun ramai peminat setia yang tetap meluahkan rasa puas hati dengan episod akhir Adellea Sofea itu dan merasakan adegan tersebut menyentuh hati dan manis.

Sumber: Twitter / HCL

 

Be the first to comment on "Episod Akhir Adellea Sofea, Adegan Main Gitar Buat Netizen Tepukk Dahi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*