“Jika berdepan masalah, jangan jadi m@ngsa dan jangan buang orang” – Sharifah Sakinah kongsi kenangan kutip derma untuk Puteri Balqis.

 

PELAKON Sharifah Sakinah berkongsi kenangan ketika dia bersama rakan-rakan selebriti mengadakan jualan barangan terpakai bagi membantu pelakon Puteri Balqis..

Sakinah, 31, berkata ketika itu dia berasa seronok menjual barang milik pengarah Michael Ang sehingga sanggup terbar!ng di kaki lima.

Adik kepada penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah ini juga memberi nasihat secara umum agar tidak menjadikan sesuatu masalah itu sebagai penghaIang untuk melakukan sesuatu

Sakinah turut memuat naik foto dia sedang terbar!ng.

“Seronok masa ini jual barang @michaelang38 untuk kutipan derma @rockingbalqis. Sampai terbaring di kaki lima.

“Kebahagian memerlukan perjuangan. Ia wujud dari masalah, ujian itu datang dengan pelbagai cara.

“Jika anda berdepan dengan masalah, jangan jadi m4ngsa, jangan buang orang dan berbuat baik dengan orang lain

“Lakukan sesuatu, semua jawapan akan mengikuti,” tulis Sakinah di laman Instagramnya pada Rabu.

Rata-rata netizen memuji sikap Sakinah dan rakan-rakan selebriti yang ingin membantu meringankan beban Balqis, 13.

Selain Sakinah, pelakon Nabila Huda dan Jihan Muse antara selebriti yang turut serta dalam acara amal mengutip derma untuk Balqis itu pada dua tahun lalu.

Sakinah bersama Puteri Balqis.

Nabila pernah memberitahu hasil daripada jualan tersebut mereka berjaya mengumpul RM2,500 dan sudah diserahkan kepada Balqis secara berperingkat.

Kehidupan Puteri Balqis dil4nda pelbagai dug4an sehingga pernah mengikat perut selama beberapa hari mengvndang rasa seb@k penonton.

Kisah keper!tan hidup Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz mula menjadi perbualan hangat selepas disiarkan dalam program Bersamamu (TV3) pada Ahad lalu.

Berikutan kesemp!tan hidup, Balqis, mula menjual buku puisi nukilannya, 38 Poems Of Puteri Balqis di jalanan.

Sumber: Mstar

 

Be the first to comment on "“Jika berdepan masalah, jangan jadi m@ngsa dan jangan buang orang” – Sharifah Sakinah kongsi kenangan kutip derma untuk Puteri Balqis."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*