Pengambaran akan bermula esok, tiba-tiba hari ini Puteri Balqis tarik diri dari telefilem itu, ini respon bila ditanya

 

PELAKON kanak-kanak, Puteri Balqis Azizi, 13, menarik diri pada saat akhir daripada terbabit dalam telefilem berjudul Tiada Galang Ganti terbitan syarikat produksi, A Aida Production Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan ibunya, Norashikin Mohd Aziz kepada Pengurus Produksi syarikat itu pagi hari ini. Penerbit, Datuk A Aida berkata, dia terkejut dengan keputusan itu kerana pihaknya akan memulakan penggambaran esok.

“Ikut jadual esok mereka akan menjalani penggambaran telefilem ini. Tak sangka pula dia tarik diri saat akhir,” katanya.

Aida berkata, apabila Penolong Pengarah menghubungi kembali bagi mengetahui sebabnya, mesej itu tidak dibalas.

“Saya pun tidak tahu masalah sebenar mereka. Namun, inilah cabaran yang diterima syarikat produksi apabila ada pelakon tarik diri di saat-saat akhir dan kita terpaksa mencari pengganti pula,” katanya.

Aida berkata, dia tidak akan berd3ndam atau m4rah dengan tindakan ibu Puteri Balqis kerana tawaran diberikan atas dasar ingin membantu.

“Saya okay dan tak jadi isu besar pun. Apa yang pasti, saya sudah cuba bantu mana yang terbaik. Apabila dia sendiri tarik diri pada saat akhir, pasti ada sesuatu yang tidak kena. Saya tidak mahu masuk campur,” katanya.

Semalam, Harian Metro melaporkan Puteri Balqis bakal terbabit dalam telefilem Tiada Galang Ganti terbitan Aida untuk tayangan slot Cerekarama di TV3.

Sebelum ini,

PENERBIT terkenal, Datuk A Aida mengakui sentiasa membantu pelakon cilik, Puteri Balqis dengan menawarkannya berlakon.

Terbaru, Puteri Balqis bakal membintangi telefilem terbitan A Aida Production iaitu Tiada Galang Ganti bagi tayangan slot Cerekarama di TV3.

“Selepas dapat tahu dia sakit sejak dua tahun lalu, saya selalu menawarkannya berlakon. Saya mahu bantu dia dan ibunya menjana pendapatan.

“Apatah lagi saya tahu dia menanggung keluarga, jadi tidak salah jika berikan dia kerja. Lagipun dia pelakon yang berbakat.

“Akan datang dia muncul dalam telefilem terbaru syarikat saya arahan Along Kamaludin. Telefilem ini sedang dalam proses penggambaran,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, penerbit, Fadzil Teh turut bersimpati dengan nasib menimpa Puteri Balqis.

“Syarikat saya yang mula-mula bawa di jadi pelakon. Dia memang pelakon yang berbakat. Cuma, apabila dia semakin terkenal, jadual pun sibuk.

“Sehinggalah dapat tahu dia sakit. Pernah juga nak tawarkan berlakon, tapi dimaklumkan jadualnya penuh.

“Sekali lagi saya terbaca mengenai kisah hidupnya yang jual buku di jalanan sekitar ibu negara. Kasihan dia. Insya-Allah, nanti saya nak cari dia dan beli buku itu,” katanya.

Dalam masa sama, Fadzil berpesan kepada semua pelakon supaya sentiasa beringat apabila berada di puncak populariti dan kejayaan.

“Apa yang menimpa Puteri Balqis boleh menjadi pengajaran kepada semua. Kena ingat, langit tidak selalunya cerah. Sentiasalah beringat ketika anda senang dan mewah,” katanya.

 

Sumber Hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Be the first to comment on "Pengambaran akan bermula esok, tiba-tiba hari ini Puteri Balqis tarik diri dari telefilem itu, ini respon bila ditanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*