Tunang Intan Najuwa ulas dakw4an sudah pvtus kerana beza umur dan bidang

Sumber mend4kwa pertunangan Intan dan Razrul sudah berakh1r disebabkan perbezaan usia dan bidang.

 

TUNANG kepada pelakon Intan Najuwa, Razrul Anwar Rusli menafikan dakw4an mengenai hubungan pertunangannya dengan aktres itu sudah berakhir.

Menurut Razrul, 38, berita yang disebarkan oleh seorang individu itu tidak benar, malah hubungan mereka masih lagi baik.

“Siapalah bawa cerita. Tiada masalah antara saya dan tunang dan tiada sebab untuk saya beritahu perkara yang tidak benar mengenai dakw4an itu,” katanya kepada mStar.

 

Kiriman email yang mendakwa hubungan pasangan ini sudah berakhir.

Pada malam Selasa, mStar ada menerima kiriman email yang mend4kwa pelakon tersebut menyekat akaun Instagram dan memadam foto bersama ahli perniagaan itu.

Malah, perbezaan usia 16 tahun dan kerjaya yang berbeza mungkin menjadi salah satu pvnca hubungan mereka bermas4lah.

Hasil semakan mStar,  Intan masih menyimpan sekeping foto mereka di sebuah restoran namun tidak lagi mengikuti akaun IG tunangnya.

Pada 12 November tahun lalu, Intan pernah memadam beberapa keping foto bersama tunangnya dan mereka tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing.

Razrul menafikan dakw4an mengenai hubungannya dengan Intan sudah berakhir.

Sebelum ini, fot0 mesra Intan dengan hero drama lakonannya iaitu Idris Khan dan Zul Ariffin pernah mengundang kec4man netizen.

Menerusi laporan mStar pada 18 Oktober tahun lalu, Razrul memberitahu dia dalam proses membimbing pelakon itu demi kebaikan masa depan mereka selepas bergelar suami isteri.

Pelakon yang mula dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela itu mengikat tali pertunangan dengan Razrul pada 18 Ogos tahun lalu. 

Sumber; Mstar

 

Be the first to comment on "Tunang Intan Najuwa ulas dakw4an sudah pvtus kerana beza umur dan bidang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*