Orang Kata Isteri G3dik, Ini Jawapan ‘Win’ Suami Elly Mazlein

Suami kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, Mohammad Azlan Che Noh akui terpikat dengan pasangannya kerana kelembutannya.

Malah, Azlan atau dikenali dengan panggilan Papa Awan Nano berkata dia bertuah kerana memiliki Elly.

“Kelembutannya buat saya tertarik. Dalam televisyen orang hanya lihat karakter dia berbeza dari sebenar sebab itu saya tak kisah kalau orang nak kata dia gedik ke apa.

“Alhamdulilah saya bertuah memilikinya kerana kelembutan yang ada pada dirinya,” katanya selepas diijabkabulkan semalam.

Sementara itu, Azlan yang juga merupakan seorang guru itu memberitahu dia tidak menghalang Elly untuk meneruskan kerjayanya sebagai pelakon selepas ini.

“Kami sudah berbincang dan saya amat memahami dengan kerjayanya sebagai pelakon.

“Saya yakin dan percaya dia tahu menjaga batasnya sebagai seorang isteri kepada saya. Malah sebelum ini pun dia sudah mampu menjaga batas dirinya,” katanya lagi.

Pasangan ini merancang untuk mendapatkan zuriat secepat mungkin serta bakal berbulan madu ke London pada Mac ini.

Terdahulu, Azlan mengikat tali pertunangan dengan Elly pada 17 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

“Pada Mulanya Tak Yakin Nak Terima Dia Tapi…”- Elly Mazlein Akui Papa Awan Nano Berjaya Menangi Hatinya

Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, 40, akui pada mulanya dia tidak rasa yakin untuk mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohammad Azlan Che Noh.

Namun selepas melihat pelbagai usaha yang dilakukan Azlan, 30 yang lebih mesra dengan panggilan Awan Nano itu, hatinya sudah terpikat.

“Sebenarnya masa mula-mula berkenalan itu saya tak rasa yakin untuk menerimanya kerana perbezaan usia yang ketara.

“Agak susah juga saya nak memahami Azlan tapi lama kelamaaan dia pula yang lebih memahami saya meskipun kerjaya kami berbeza.

“Lama kelamaan kami menjadi serasi,” katanya yang ditemui selepas majlis akad nikah dan resepsi.

Dengan hanya sekali lafaz, Elly selamat diijabkabulkan dengan dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Tambah Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina itu, apa yang membuatkan dia terpikat lagi dengan suaminya yang juga seorang guru itu adalah kerana kesungguhannya.

“Dia sangat jujur dan berusaha lebih untuk dapatkan hati saya serta anak dan bapa saya.

“Bawa balik kampung saya pun, sekejap sahaja dia dapat menawan hati semua orang.

“Apa yang penting saya nampak kualiti dirinya untuk menjadi seorang suami,” katanya lagi.

Terdahulu, Elly mengikat tali pertunangan dengan Azlan yang disapa sebagai Papa Awan Nano pada 17 Disember tahun lalu.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.

p/s: Tahniah diucapkan kepada Elly dan pasangan. Semoga kekal berbahagia hingga ke syurga

 

sumber: astro gemapk

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Orang Kata Isteri G3dik, Ini Jawapan ‘Win’ Suami Elly Mazlein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*