“Sebelum orang lain tengok kita dah tgk dulu taw”- Jihan Muse dedah sesuatu

Siapa lagi yang kita hendak kongsikan kisah hidup kita kalau bukan sahabat. Sahabat selalunya lebih banyak mengetahui tentang kita berbanding keluarga kita sendiri. Itu adalah hakikat. Kerana kadang kala ada sesetengah orang lebih senang menceritakan kisah hidupnya kepada sahabat kerana tidak mahu keluarga sendiri risau akan diri mereka atau mungkin kerana mereka takut akan menyakiti hati keluarga mereka jika mereka berkongsi cerita dengan keluarga.

Seperti seluruh Malaysia ketahui, Elly Mazlein telah selamat diijabkabulkan dan bergelar isteri kepada seorang guru bernama Mohamad Azlan semalam. Majlis akad nikah dan resepsi mereka dilangsungkan dengan meriah dan indah sekali sesuai dengan tema malam semalam iaitu ‘Malam Dipagar Bintang’.

Pada tanggal 17 Januari 2020, Elly Mazlein akhirnya mendedahkan wajah suaminya itu pada majlis malam berinai beliau. Semua sememangnya tidak sabar untuk melihat wajah suaminya ketika itu. Namun, sahabat-sahabat terdekat Elly Mazlein sudahpun melihat wajah Papa Awan Nano itu.

Jihan Musa baru-baru ini berkongsi momen ketika menyambut hari raya tahun lepas dan Elly Mazlein datang ke rumahnya bersama calon suaminya ketika itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebelum org lain tgk kita da tgk dulu taw. Ni masa raya tahun lepas mamapom bawak papa awanano dtg raya rumah. Alhamdulillah selesai dah kakak kawin dgn cikgu azlan. Tahniah kakak lina @iamellymazlein semoga berbahagia ke akhirnya. Sorry tak dpt jd bridesmaid kita bz jadi maid.

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Diruang komen pula, Azza Elite mengambil peluang memberi komen dan mengatakan beliau berada di situ ketika itu. Bermakna Azza Elite juga sudah mengenali calon suami sahabatnya itu ketika itu. Ramai juga yang memuji wajah Papa Awan Nano yang kacak.

Tidak hairan jikalau sahabat dapat tahu dulu kan? Semua orang pasti hendak berkongsi rahsia bersama sahabat terdekat sahaja, inikan pula artis kita. Semoga Elly Mazlein dan pas4ngan berkekalan hingga ke Jannah.

 

Sumber : ig jihanmuse via formasiviral / @LepatPisangg

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Sebelum orang lain tengok kita dah tgk dulu taw”- Jihan Muse dedah sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*