“Glow up dia another level” – Netizen Terkesima Lihat Perubahan Neelofa Dari Zaman MRSM Hingga Kini, Memang Cantik Dari Kecil

Siapa tak kenal pengacara, pelakon dan kini usahawan terkenal, Neelofa? Meskipun Neelofa dah jarang-jarang muncul di kaca TV lepas mengundurkan diri daripada rancangan hiburan Meletop, namun namanya tetap jadi sebutan ramai.

Baru-baru ni, ada netizen yang memuat naik gambar selebriti tersebut ketika di zaman MRSM dan membandingkan ia dengan wajahnya sekarang di Twitter. Memang banyak beza weh! 

Innocent sangat Lofa time ni ye! Beza ye dengan sekarang. 

“Dia memang cantik lah masa zaman sekolah kat MRSM Langkawi!” 

Disebabkan tweet tu viral, beberapa netizen kemudian kongsikan gambar Lofa ketika di MRSM Langkawi dulu.

Menurut netizen, Lofa ni memang cantik sejak dari bangku sekolah lagi. Wajahnya memang nampak suci dan innocent sangat.

Malah ada yang cakap, gambar versi kad matriks atau IC memang lah nampak pelik. Tapi gambar-gambar kat bawah ni menunjukkan sisi Lofa manis bertudung labuh.

Sumber: Twitter

“Masa hari daftar belajar kat situ semua orang duk cakap-cakap ada junior lawa. Pergi tengok sendiri, memang lawa Neelofa tu” 

Malah budak-budak ex MRSM ni siap berkongsi lagi kisah semasa Neelofa belajar di situ. Menurut mereka, Neelofa ni siap jadi sebutan ramai lagi oleh kerana kecantikannya.

Akibat nak tahu sama ada Neelofa ni betul-betul cantik ke tak, mereka ni siap pergi tengok face to face lagi dan akui yang ‘pelajar junior’ ni memang cantik! Fuh gilalah! 

Padanlah Lofa jadi selebriti sekarang sebab dia memang sejak dari muda lagi dah menyerlah! Apa-apapun min wish all the best lah kat Lofa, semoga terus sukses dalam apa jua perkara yang dia buat. 

 

Sumber: Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Glow up dia another level” – Netizen Terkesima Lihat Perubahan Neelofa Dari Zaman MRSM Hingga Kini, Memang Cantik Dari Kecil"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*