Selamat Bernikah Kali Ketiga, Ini Wajah Suami Baru Sasha Saidin

Dengan sekali lafaz, penyanyi Sasha Saidin telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Sirhan Wahab tepat pukul 9.28 malam tadi.

Majlis pernikahan Sasha, 43, dan Sirhan itu berlangsung di The Sanctuary, Kuala Lumpur dengan kehadiran keluarga rapat sahaja.

Pasangan itu telah dinikahkan oleh adik Sasha sendiri, Zain Saidin dan bersaksikan datuknya, Zainal Abidin Ismail.

Pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,000 dan tiga dulang hantaran kepada Sasha berbalas lima dulang oleh pihak perempuan.

Sasha dan Sirhan merupakan kenalan zaman persekolahan namun kembali akrab sejak tahun lalu.

Sasha yang juga anggota kumpulan Elite pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner di London pada 2003 namun bercer4i empat tahun kemudian.

Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012.

Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Aryasenna Notosoemarsono, 10.

Sirhan juga pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Selamat Bernikah Kali Ketiga, Ini Wajah Suami Baru Sasha Saidin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*