Baru Minggu Pertama, Sepahtu Reunion 2020 Sudah Bikin Pec4h Perut!

 

Buat yang malam minggunya sudah mulai bosan kerana ketiadaan rancangan tempatan menarik di televisyen, ada berita baik buat anda. Sepahtu Reunion 2020 kembali menghiburkan penonton dengan gelagat dan aksi yang bikin pec4h perut.

Sebuah rancangan sitkom, Sepahtu Reunion 2020 dibintangi oleh Jep, Rahim, Shuib, Pak Ya dan artis jemputan berbeza setiap minggu. Disiarkan secara langsung setiap Jumaat di Astro Warna.

Pada 17 Januari lalu Sepahtu Reunion 2020 sudah pun mula bersiaran secara langsung. Di minggu pertama ini kelihatan tetamu jemputan mereka adalah Salih Yaacob, Diana Danielle dan Dayang Nurfaizah.

Petikan dari episod pertama Sepahtu Reunion

Biarpun baru episod pertama namun keletah pelawak-pelawak ini sememangnya bikin berdekah!

Menonton ringkasan episod kali ini sahaja sudah boleh membuat tertawa apatah lagi penonton yang hadir secara langsung.

Psst, ada persembahan istimewa Diana Danielle menyanyi secara langsung juga ya.

Berikut adalah ringkasan episod pertama Sepahtu Reunion 2020:

VIDEO:

Di ruangan komen, rata-rata netizen yang sempat menonton episod pertama ini meninggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“Kelakar gila tengok malam tadi. Part Shuib mati tu lagi teruk kelako dia!..”

“Minggu pertama dah non stop lawak ni aduhh sakit perut”

Biarpun episod pertama ini buat ketawa terbahak-bahak namun pengajaran yang boleh didapati darinya adalah hubungan antara anak dan bapa yang saling berkorban antara satu sama lain. Agaknya minggu depan apa pula idea mereka ini ya?

Sumber: Official Ria X / HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Baru Minggu Pertama, Sepahtu Reunion 2020 Sudah Bikin Pec4h Perut!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*