Suami Cikgu, Isteri Artis TerkenaI. Luahan Azlan Selepas Tiba Tiba Dapat Tempias ‘Sy Datang Dari Kampung Saja’

 

” Ada juga beberapa rakan rapat mengusik saya dan saya tahu statusnya itu. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya untuk menerima. Sebagai manusia, saya pun ada banyak kelemahan,”

Demikian kata-kata Mohamad Azlan Che Noh, seorang guru yang datang dari kampung namun sekelip mata menjadi tumpuan setelah sah bergelar suami kepada pasangannya yang merupakan pengacara, pelakon dan penyanyi terkenal Elly Mazlein.

Menurut Azlan, dia juga tidak kisah sekiranya ada pihak yang berkata-kata mengenai status Elly sebagai ibu tunggal.

” Dia terima saya seadanya. Saya pun bukan sesiapa, datang dari kampung dan latar belakang keluarga saya bukan daripada golongan berada. Namun, dia terima semuanya dengan hati terbuka,” katanya.

Bercerita mengenai kehidupannya sebagai suami kepada selebriti popular, Azlan mengakui sedikit canggung di peringkat awal.

” Pada peringkat awal, saya perlukan sedikit waktu untuk membiasakan diri dengan dunia Elly. Namun, perlahan-lahan saya belajar untuk mengadaptasi diri.

” Itu adalah dunianya dan sebelum berkahwin lagi, namanya sudah cukup dikenali. Jadi, saya sendiri pun perlu bersiap sedia untuk terkena tempias populariti itu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perancangan bulan madu, Elly berkata, kedua-dua mereka akan berbulan madu di kota London.

” Insya-Allah, kalau ikutkan perancangan, kami akan berbulan madu pada musim cuti sekolah pada Mac nanti. Kami akan cuba aturkan waktu sebaik mungkin.

” Tidak hanya berdua, kami akan berbulan madu bertiga bersama Sefhia kerana saya takkan tinggalkan anak saya,” katanya.

Berbicara mengenai kerjaya lakonan Elly, Azlan tidak menghalang atau meletakkan sebarang syarat kepada isterinya.

” Saya tahu, dia sudah mula berlakon sejak sebelum kami kenal. Jadi, saya tak ada letakkan sebarang syarat kepadanya dan saya tahu, dia sendiri juga faham batasan sebagai isteri dalam menjayakan lakonannya,” katanya.

Kedua-dua mereka juga tidak lokek untuk berkongsi mengenai impian memiliki cahaya mata bersama.

” Harapan saya, kalau boleh lebih cepat kami dianugerahkan anak, lebih baik,” kata Azlan.

Bagi Elly, dia sendiri juga sudah bersiap sedia sekiranya bakal bergelar ibu dalam masa terdekat.

” Jadual kerja saya sudah mula padat sehingga Julai depan. Tapi, saya sudah maklumkan kepada pihak produksi, sekiranya saya hamil mereka boleh susunkan skrip supaya watak saya itu adalah sebagai wanita mengandung,” katanya.

Apa yang pasti, kedua-duanya tampak berseri-seri di majlis malam berinai serta akad nikah yang dilangsungkan serentak dengan resepsi.

Majlis malam berinai bertemakan Cik Siti Wan Kembang diadakan pada Jumaat lalu dan dihadiri sanak saudara terdekat kedua-dua mempelai.

Majlis akad nikah dan resepsi pula berlangsung pada Sabtu dan kedua-dua mempelai dinikahkan sendiri oleh bapa Elly, Syed Hanafi Syed Abdullah.

Di majlis resepsi, Elly diiringi rakan-rakan terdekatnya antaranya Jasmine Ashraff sebagai pengapit dan barisan gadis dulang iaitu Fasha Sandha, Rita Rudaini, Farahdhiya, Nad Zainal, Linda Hashim, Azza Elite dan Intan Sarafina.

Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan hebat penyanyi terkenal tanah air antaranya Intan Sarafina, Ameng Spring, Gmie Screen, Nizam Laksamana dan Aris Ariwatan.

 

Sumber : hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Suami Cikgu, Isteri Artis TerkenaI. Luahan Azlan Selepas Tiba Tiba Dapat Tempias ‘Sy Datang Dari Kampung Saja’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*