[Vide0] Terharu tengok bila Boss berbangsa Cina hadiahkan pakej menunaikan umrah untuk pakcik ni. Tengok muka pakcik tu pun dah nak nangis

Menunaikan umrah merupakan impian setiap umat Islam seluruh dunia. Dapat menjejakkan kaki ke tanah suci beribadat hanya kepada Allah adalah satu hadiah yang tidak ternilai. Tetapi bagaimanapun tidak semua dapat berpeluang mempunyai rezeki untuk ke sana kerana kos yang agak tinggi.

Namun jika sudah tertulis rezeki buat seseorang umatNya, tiada apa lagi yang dapat menghaIangnya. Itulah yang dialami oleh seorang lelaki bernama Shohor Abd Rahman yang telah bekerja selama sepuluh tahun di MK curtain, saIah satu syarikat langsir terbesar di Malaysia.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh pengasas syarikat terbabit Dato’ Dr Calvin Khiu, 35, beliau berbesar hati untuk menghadiahkan pakej menunaikan umrah buat pakcik Shohor yang selama ini bekerja dengan baik. Menurut beliau, itu adalah hadiah bersempena dengan Raya Tahun Cina yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.

Jelas terpancar perasaan gembira dan terharu di wajah pakcik Shohor. Mungkin selama ini itu hanyalah impian di waktu malam rupanya menjadi realiti dan rezeki yang diberikan oleh Allah tu disampaikan melalui boss yang bukan pun beragama Islam.

Perkongsian yang dibuat turut tuIar di laman Twitter dan mendapat pujian oleh netizen. Ramai yang terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Dato’ Calvin Khiu. Terima kasih dan Tahniah kami ucapkan kepada Dato’ kerana telah tunjukkan satu contoh yang baik kepada semua.

@Noraini Aini:Alhamdulillah tahniah pakcik smoga pck dpt haji yg mambrur aminn..boss ada keje ksong tak situ sya nak mnta keje boleh.

@bohyie:tq bos kau memang terbaik allah selalu ada di cc kau walau pon kau bukan org islam tapi aku doa kan kau rezeki lebih allah je balas jasa kau #salute

@nandhi09:ur great boss not everyone hv a good heart even staff work hard for 20yr oso Neva even send to pd..salute boss

@Mamat Blanco:susah sekarang boss boleh jumpa pekerja bawahan.. bos sekarang banyak tau mahu untung..pekerja ada saIah terus di senarai hitam ckp tak bagus..

@Nurul Amanina:aq plak rse nk nngis ble pkcik tuh nngis sbb nk gy makkah…semoga boss pkcik tuh sentiasa dimurahkan rezeki …alangkah bestnyaa dpt boss yg cmni

VIDEO:

@Dato’Calvin khiu:

Perkara yang sebenar! Jom kita doakan yg terbaik untuk perjalanan pakcik ke Makkah

#IniBukanFilemDrama #ImpianPakCik

Kredit: newsinkling.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "[Vide0] Terharu tengok bila Boss berbangsa Cina hadiahkan pakej menunaikan umrah untuk pakcik ni. Tengok muka pakcik tu pun dah nak nangis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*