“Nak Jadikan MUA Sebagai Karier Tu Tidaklah Tapi….” – Siti Nurhaliza Terjun Ke Bidang Solekan?

Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bercadang untuk membuka bengkel solekan bersama dengan jenama kosmetik miliknyanya, SimplySiti.

Menurut Siti atau lebih mesra disapa Tokti, memang menjadi impiannya untuk mengendalikan bengkel tutorial solekan berskala besar bersama dengan semua pengguna produk SimplySiti.

“Dah lama saya rancang nak buat bengkel solekan ni. Nantilah satu hari nanti saya kongsi ilmu solekan yang ada.

“Tapi nak menjadikan jurusolek sebagai karier tu tidaklah tapi sebagai pengusaha jenama kosmetik, saya kena tahu semua ilmu dan pelbagai teknik solekan yang saya belajar daripada jurusolek professional,” kata Tokti kepada Gempak.

Tokti ditemui ketika acara SimplySiti Fun Day Out Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza bertempat di Genting Highlands, Pahang pada Rabu.

Tambah Tokti lagi, dia berpeluang menunjukkan kemahiran solekan yang ada sewaktu menyolek Farah Nawal, puteri p@kar ortopedik terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkharnain Ismail.

“Dia memang anak kenalan yang saya dah anggap macam keluarga. Masa hari istimewa tu, keluarga dia request untuk saya solek jadi saya tak boleh nak tolak sebab kami memang rapat.

“Kalau solek tunang saya berani la tapi kahwin nanti baik ambil yang professional la. Jadi saya tunjukkan kepakaran solekan daripada apa yang saya belajar dulu dan dari pengalaman saya yang memang suka bersolek.

“Solekan masa tunang tu pun ringkas je sebab Farah tu sendiri memang dah cantik so saya letak warna yang manis-manis je,” jelas Tokti lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Serlahkan kulit cerah berseri seperti Dato’ Sri @ctdk dengan suplemen kecantikan 4-dalam-1 BeauSiti, yang dirumus khas untuk kecantikan wajah, tubuh badan, keintiman dan kesihatan wanita. Hubungi Master Stokis kami hari ini:⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣ 1. MS001 Ainul Farida 019-3876823 @beausiti.fairy_masterstokis ⁣⠀⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⠀ ⠀⁣⁣⠀⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ 2. MS003 Alya 012-4670082 @beausiti_bysimplysiti ⠀⁣⁣⠀⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ 3. MS004 Zila 017-7582075 @beausiti.masterstockist ⠀⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ 4. MS005 Al-Amin 017-3909092 @beausiti_n9 ⠀⁣⁣⠀⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ 5. MS006 Suriany 011-15667123 @beausiti_su ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ 6. MS007 Ku Zakiah 0193504873⁣ @beausiti_stockist007 ⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣ 7. MS008 Sarah +60 11-2832 6779 @beausitijohormasterstokist ⁣⁣⁣⁣ ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⁣⁣⁣ ⁣ ⁣ #glowing #radiance #roselle #aloevera #stokiswanted #BeauSitiTips⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ #Beautéssence #BeauSiti #BeYouwithBeauSiti #SolusiKecantikanHolistik #BeauSitiBySIMPLISITI⠀⁣⁣ #BeYouWithBeauSiti #SolusiKecantikanHolistik

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Nak Jadikan MUA Sebagai Karier Tu Tidaklah Tapi….” – Siti Nurhaliza Terjun Ke Bidang Solekan?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*