Naib juara Big Stage 2019 Neeta Manishaa mendedahkan dia bakal bergelar seorang pengacara TV.
Menurut Neeta, 25, dia akan mengacarakan sebuah program hiburan berjudul Mbuzz.
“Walaupun saya masuk industri ni sebagai penyanyi, menjadi seorang pengacara tu adalah kemahiran tambahan yang saya belajar.
“Kalau jadi penyanyi sahaja, belajar muzik macam tak cukup. Kita kena tahu apa kerjaya sebelah yang kita boleh cuba. Dan saya dah discover, kerjaya sebelah tu adalah bidang pengacaraan,” kata Neeta kepada Gempak.
Neeta ditemui ketika Anugerah Digital Muzik Era yang diadakan di Battle Arena, Petaling Jaya pada Jumaat.
Tambah Neeta lagi, dia pernah berpengalaman sebagai pengacara dari zaman kolej lagi.
“Saya anggap ni macam rezeki. Tapi dia tak k4cau karier nyanyian saya pun. Mungkin dua karier sekali jalan ni buatkan lebih ramai yang kenal saya,” katanya lagi.
Sekitar tahun 2019, populariti Neeta memuncak apabila dia meraih tempat kedua program Big Stage selepas tewas di tangan bintang Korea, Han Byul.
Sumber: GEMPAK
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "Dari Menyanyi Kepada Mengacara, Neeta Manishaa Bijak Cari Peluang"