Bakal Kakak Ipar Tak Suka Heb0h Hal Peribadi, Farali Khan Perli Risteena Ke?

Berbeza dengan adiknya, Farali Khan, lebih memilih untuk ‘diam-diam’ soal hal peribadinya daripada menjadi tatapan umum.

Kata aktres Indonesia kelahiran Malaysia itu, sikapnya yang perahsia menjadikannya berbeza dengan adik beradiknya, Miller dan Isa.

Katanya, sosial media merupakan platform di mana semua orang akan bertandang untuk berborak.

 

Kredit foto: IG

“Saya kalau pasal privasi, saya tidak suka dedahkan terlampau banyak. Saya lebih suka untuk kongsi kata positif yang beri semangat kepada orang lain. Untuk buat sesuatu yang tular bagi mendapatkan populariti itu bukan diri saya.

“Kalau orang nak tahu pasal teman lelaki saya pun tidak akan didedahkan. Saya bagitau sedang mengenali seseorang saja,” ujarnya kepada Gempak.

Farali bagaimanapun mendedahkan masih belum berpunya, namun akan mengumumkan berita gembira itu ketika mahu memberi kad jemputan kelak.

“Tunggulah, saya hanya akan umumkan bila nak bagi kad jemputan nanti. Itu lagi baik,” katanya.

Kredit foto: IG

Memang jauh berbeza dengan adik dan bakal adik iparnya, Risteena Munim! 

Sumber: CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Bakal Kakak Ipar Tak Suka Heb0h Hal Peribadi, Farali Khan Perli Risteena Ke?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*