“Hati saya hancvr”- Yuna

PENYANYI Yuna berk0ngsi berita sedih apabila terp4ksa menutup kedai tumbuhan hiasan miliknya iaitu Tiny Forest yang beroperasi di SS15, Petaling Jaya penghujung bulan ini.

Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 34, berkata, dia membuat keputusan itu berikutan jadual kerjanya yang amat padat.

“Macam tak percaya, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada tempat ini.”

Hati saya hancvr dan saya berharap kami tak perlu pindah.

“Tapi kehidupan saya sangat sibuk kebelakangan ini dan tiada cara lagi untuk menguruskan kedai ini,” ujarnya.

Yuna meluahkan rasa s3dih itu menerusi posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Lantaran itu Yuna membuka peluang kepada mana-mana individu yang berminat untuk menyewa kedainya itu berikutan terlalu banyak nilai sentimental buatnya.

“Terlalu banyak memori indah di Tiny Forest SS15 ini dimana saya mengecat dinding dan melukisnya sendiri.

“Saya dan ibu membangunkan perniagaan ini bersama-sama sehingga terhasilnya kedai yang comel ini.

“Saya harap ada yang nak sewa tempat ini atau saya terp4ksa tanggalkan semua perhiasan ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Crush ini menjelaskan dia masih meneruskan perniagaan tumbuh-tumbuhan itu namun ia dilakukan menerusi perniagaan secara atas talian.

Sumber: MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Hati saya hancvr”- Yuna"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*