Kecantikan Luar Biasa Dua Beradik Albino, Kini Jadi Model Rebutan

Albino, satu keadaan yang mana seseorang itu memiliki kelainan genetik dengan penghasilan melanin menyebabkan warna kulit dan rambut menjadi putih. Biarpun dua beradik albino ini memiliki ‘keistimewaan’ tersebut, namun hasil koleksi foto mereka yang cukup cantik membuatkan ramai terkesima melihatnya.

Dua beradik albino ini adalah Asel dan Kamila Kalaganova. Mereka berasal dari Kazakhstan dan di negara mereka albino adalah sesuatu yang jarang berlaku.

Si kakak, Asel adalah anak sulung dan kini berusia 14 tahun. Dia dan adiknya berbeza 12 tahun jarak umur darinya. Manakala adik lelakinya yang berusia 8 tahun dilahirkan sama seperti kanak-kanak lain di Kazakhstan.

Menurut Asel, ramai terkejut dan pelik dengan apa yang dialami olehnya dan adik. Malah ada yang tidak tahu apa itu albino.

Selain itu ketika Asel dilahirkan, ibunya Aiman Sarkitov dan doktor di hospital turut terkejut dan ada k0ntroversi yang menyatakan bapa Asel adalah seseorang dari Rusia.

Biarpun begitu, bermula usianya 10 tahun, Asel mula menjadi model. Sehingga kini dia menjadi rebutan syarikat di tempat asalnya untuk mengambilnya sebagai model. Sejak kehadiran Kamila, pengikut di Instagramnya turut bertambah dan kini mencecah 34, 200 followers.

Ibunya, Aiman berkata dia baru sahaja mengetahui ada nenek moyangnya yang albino dan genetik ini diturunkan pada kedua anaknya itu. Tambahnya lagi keadaan anaknya itu tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak biasa hanya fizikal sahaja yang lain.

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Kecantikan Luar Biasa Dua Beradik Albino, Kini Jadi Model Rebutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*