“Memang legend” – Tak Boleh Disangkal Lagi, Vokal Tokti Buat Netizen Terdiam

Siapa dekat Malaysia ni yang tak kenal Datuk Seri Siti Nurhaliza. Malaysian sweetheart yang lebih mesra diapnggil dengan gelaran Tokti ni memang living legend. Dari bakat vokal beliau sampai lah karakter dan personalitinya.

Tular di Twitter satu video nyanyian Tokti di satu majlis resepsi baru-baru ini. Walaupun nyanyi lagu cover, tapi Tokti memang tapau habis weh lagu tu. Cuba korang tengok sendiri video oleh @BadArsila11 kat bawah ni.

Power betul!

Macam biasalah netizen yang tengok video tu akan bagi komen yang murni-murni. Jaranglah Tokti kena kecam atau dapat komen negatif.

Betul weh, mula-mula mendayu je. Admin ingat Tokti nak nayi relaks-relaks je. Sekali kat part hujung tu memang tapau habis. Terdiam jap admin tadi

Yang ni admin 

Yang ni admin setuju. Kalau bab cover lagu pastu jadi lagi sedap memang serah kat Tokti je lah. Power betul vokal dia, sampai lagu orang lain pun jadi macam lagu dia sendiri. 

Maknanya Tokti ni ikhlas dalam bekerja. Boleh nampak keikhlasan Tokti dalam nyanyian dia. Ehem, admin dengar cerita nak panggil Tokti untuk nyanyi time wedding , RM40k untuk 3 lagu. Good luck!

Sumber: LOBAK MERAH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Memang legend” – Tak Boleh Disangkal Lagi, Vokal Tokti Buat Netizen Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*