Raih populariti mendadak, MK K-Clique terpalit 5 k0ntroversi

BIARPUN baru setahun menempa nama dalam industri muzik arus perdana, MK daripada kumpulan K-Clique sering menjadi tumpuan ramai khususnya buat para gadis.

Malah, MK juga dilihat lebih menyerlah apabila acapkali menerima publisiti di muka hadapan media berbanding anggota kumpulannya yang lain.

Selain bakat menyanyikan lagu rap dengan baik, jejaka berusia 24 tahun dan berasal dari Sabah ini sering terpalit dengan pelbagai k0ntroversi membabitkan dirinya.

Bagaimanapun MK dilihat sentiasa tenang dan tidak mudah melatah meskipun dilanda dengan pelbagai isu.

MK sering menjadi perhatian para gadis berbanding anggota kumpulan k-Clique yang lain.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berjinak-jinak dengan muzik hip hop dan mula bertapak dengan komuniti muzik underground  sejak zaman persekolahan lagi. Memulakan karier secara serius selepas menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Kinabalu, Sabah dalam jurusan Pengajian Perniagaan.

MK Merupakan salah seorang daripada tujuh orang anggota K-Clique iaitu Noki, Tuju, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.

Populariti yang diraih menyebabkan dia terpalit beberapa siri k0ntroversi membabitkan dirinya. 

1. Ia bermula dengan isv dic1um wanita ketika wefie bersama peminat.

Menerusi video yang tersebar, MK dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar bersamanya sebelum salah seorang daripada mereka melakukan aksi diluar kawalan.

Peminat MK sebelum ini pernah mempersoalkan mengenai status sebenarnya penyanyi itu.

2. Ia kemudiannya disusuli dengan khabar angin membabitkan statusnya yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga. MK bagaimanapun menjelaskan bahawa dia bersikap terbuka dan menerima ketentuan takdir dalam hal berkaitan jodoh.

3. Seterusnya MK diasak dengan pelbagai tindakan keterlaluan apabila dia sekali lagi terpalit k0ntroversi dimana peminatnya membuat prov0kasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat selain memberi isyarat luc4h ketika membuat persembahan di Sandakan, Sabah pada November tahun lalu.

4. 1su muzik dan lirik lagu yang diketengahkan kumpulan itu yang didakwa berunsur luc4h gara-gara lirik double meaning yang digunakan mereka di dalam lagu-lagunya.

Tidak melatah, MK berkata, ia terpulang kepada peminat untuk membuat tafsiran mengenai lirik berkenaan. Kata MK, setiap lagu yang dicipta itu juga dibuat berdasarkan minat pendengar.

5. Terbaharu, isu mengaitkan MK yang memakai aksesori berupa rantai dan gelang emas yang hangat diperkatakan netizen.

Ia gara-gara kenyataannya sebelum ini yang melanggar hukum agama kerana minat terhadap barangan perhiasan itu.

Sumber: MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Raih populariti mendadak, MK K-Clique terpalit 5 k0ntroversi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*