‘Dia anak syurga kami’

MESKIPUN sudah berusia 26 tahun, fizikal lelaki ini tak ubah seperti kanak-kanak berusia enam tahun dengan berat badan hanya 15 kilogram ak1bat masalah tumbesaran.

Kini, Mohamad Shafiz hanya terlantar, selain perlu dijaga rapi seperti bayi oleh ibu bapanya, Jamri Che Omar, 53, dan Zaitun Abd Rashid, 46.

Berbeza dengan kehidupan normal rakan seusianya yang lain, Mohamad Shafiz hanya mampu mengerlip mata jika mahu meminta sesuatu dengan mengeluarkan suara kecil.

Ibunya, Zaitun berkata, anaknya kedua daripada lapan beradik itu dilahirkan normal, namun akibat d3mam panas ketika berusia lima bulan menyebabkan masalah tumbesaran itu.

“Bagi yang baru pertama kali melihat anak saya ini, ramai menyangka dia baru lingkungan lima ke enam tahun kerana fizikalnya seperti kanak-kanak, walhal usianya sudah dewasa.

“Mohamad Shafiz perlu diuruskan sepenuhnya, termasuk untuk mandi, memberi makan minum, memakai baju serta lampin pakai buang, malah tidak boleh ditinggalkan bersendirian.

“Bagaimanapun, saya dan suami tidak pernah mengeluh kerana dia anak syurga kami.

“Tidak pernah terdetik di sudut hati kami berasa terbeban atau malu dengan ‘kehadirannya’, dia adalah anugerah buat keluarga ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Derpah di Pasir Mas.

Zaitun berkata, anaknya itu perlu dijaga dengan baik kerana dia boleh dis3rang s4wan bila-bila masa sahaja, terutama jika d3mam atau sak1t.

Katanya, setiap bulan, dia dan suami perlu menyediakan lebih RM500 untuk kelengkapan anaknya itu bagi membeli lampin pakai buang dan susu khas untuknya.

Pun begitu, katanya, Mohamad Shafiz ketika ini menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan.

“Sebelum ini saya tidak bekerja, namun bermula awal Januari lalu saya berniaga berdekatan dengan rumah bagi mencari pendapatan lebih memandangkan suami hanya penoreh getah.

“Lagipun, kami masih mempunyai empat anak yang masih bersekolah (berusia sembilan hingga 18 tahun). Ketika saya bekerja, Mohamad Shafiz dijaga sebentar oleh adik-beradiknya yang lain,” katanya.

Terdahulu, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad, hadir ke rumah menyampaikan sumbangan kepada keluarga terbabit, termasuk bantuan lampin pakai buang, bedak, dan susu.

Sumber: METRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Dia anak syurga kami’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*