KETIKA angka kem4tian akibat novel koronavirus (2019-nCoV) meningkat mencecah paras 80, seorang selebriti terkenal China tampil membuat permohonan maaf kerana memuat naik video mempromosi daging kelawar tiga tahun lalu.
Agensi berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan Wang Mengyun, hos sebuah rancangan mengenai percutian antarabangsa menulis di laman microblog peribadi yang beliau tidak mengetahui kelawar boleh menjadi pembawa kepada v1rus itu.
“Saya langsung tidak tahu ketika penggambaran itu berlaku (2017), wujud virus seperti itu. Saya hanya mengetahuinya baru-baru ini,” tulisnya lagi.
Wang berkata video itu dirakamkan di Palau, sebuah kepulauan di barat Lautan Pasifik tiga tahun lalu ketika beliau dan krunya membuat penggambaran mempromosi program pelancongan.
Sewaktu penggambaran, Wang telah mencuba beberapa jenis masakan tempatan, termasuk sup kelawar.
Di dalam video itu, Wang dan seorang lagi wanita China lain mengangkat mangkuk sup itu dan memandang ke kamera sambil tersenyum dan berkata, “Daging kelawar ini sangat segar dan rasanya seperti daging ayam.”
Video itu telah diturunkan, namun kembali dimuat naik ribuan rakyat China lain selepas k3s seakan-akan pneumonia mula direkodkan di bandar Wuh4n, hujung tahun lepas.
Sumber: ASTRO AWANI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "K0ronav1rus: Selebriti China mohon maaf promosi sup kelawar tiga tahun lalu"