Berkongsikan Instastory mengenai makanan tambahan untuk kehamilan, Datuk Siti Nurhaliza memaklumkan beliau kini bersedia untuk menambah cahaya mata dan sedang membuat persiapan ke arah itu.
“Ia hanya persiapan dan belum ada apa-apa lagi. Lagi pula, makanan tambahan itu tidak ada dijual di Malaysia. Insya Allah, sebab usia saya pun makin meningkat. Saya mensasarkan timang anak kedua sebelum usia 43 tahun”
View this post on Instagram
“Walau bagaimanapun saya tetap menjalankan apa yang doktor sarankan dengan mengikut segala prosedur sama macam dulu iaitu IVF. Sebab masa buat dulu saya masih ada embrio yang disimpan. Jadi, Insya Allah. Ini semua rezeki Allah”
“Apa pun, saya berserah pada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur. Kalau tidak ada pun, tidak mengapa. Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti selepas sekian lama,” katanya.
Terdahulu Siti pada usia 38 tahun telah mengumumkan kehamilan pertamanya selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga. Semoga hasrat Siti ingin menimang cahaya mata kedua sebelum usia 43 tahun dimakbulkan. (rtky/w)
Sumber: ROTIKAYA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "“Saya Belum Hamil, Hanya Buat Persiapan”"