“Nak Sangat Anak Perempuan Sebelum Umur 40 Tahun,” – Kalau Ada Rezeki, Nora Danish Mahu Hamil Lagi

Pelakon jelita, Nora Danish mengakui ada rasa rindu untuk melalui fasa kehamilan dan melahirkan anak selepas kelahiran anak keduanya, Neyqal kira-kira 2 tahun lalu.

Malah kongsinya lagi, melihat anak membesar depan mata, perasan rindu untuk hamil lagi kian menebal.

“Itulah orang selalu kata wanita apabila sudah bergelar ibu ini dia lupa kes4kitan semasa melahirkan anak apabila melihat anak semakin membesar.

“Bila tengok anak sudah makin membesar, kita jadi rasa rindu nak ada baby balik.

“Contoh macam anak saya, dia baru berumur dua tahun, tapi sata rasa cepat sangat masa berlalu.

“Rasa rindu nak ada baby dan kalau diberikan rezeki, saya nak sangat anak perempuan. InsyaAllah sebelum berumur 40 tahun,” katanya jujur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Good morning instagramers ♥️ I’m wearing a simple, comfortable yet dreamy fefeeling outfit from @fiziwoo x @lilit_woman collection #lilitxwoofiziwoo . Can’t wait to see the rest of their collection later. 😘

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

Kongsi bintang berusia 37 tahun ini dirinya berhasrat untuk hamil lagi namun tetap berasa khuatir untuk melahirkan anak.

Di samping itu, bintang drama bersiri Puteri ini berkata dia pernah mengalami masalah pend4rahan yang tervk ketika melahirkan anak keduanya.

“Masa lahirkan anak kedua, kandungan baru berusia 8 bulan sebab ketika itu saya alami masalah fibroid selain pend4rahan yang sangat tervk.

“Bila jadi macam ni memang rasa sangat takut nak hamil balik tambahan pula sebelum ini saya menjalani pemb3dahan pembuangan fibroid.

“Jadi, saya kena beri masa sekurang-kurangnya setahun untuk pulih sepenuhnya sebelum mahu hamil lagi,” jelasnya pula yang tidak menolak rezeki cahaya mata.

Terdahulu, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 20 Jun 2006 dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Raqyal yang kini berusia 12 tahun.

Selepas itu, Nora berkahwin bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.

Nora ditemui pada majlis pelancaran koleksi pakaian wanita terbaru keluaran jenama Lilit.xWoo/Fiziwoo di Fashionvalet, Publika, Kuala Lumpur pada Selasa.

Gambar: Instagram Nora Danish

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Nak Sangat Anak Perempuan Sebelum Umur 40 Tahun,” – Kalau Ada Rezeki, Nora Danish Mahu Hamil Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*