Saharul Ridzwan edit foto sebab isteri kata badan nampak berisi cuit hati selebriti lain

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak ini, Saharul Ridzwan yang kini semakin bahagia dengan pasangannya, Deena Emir dan anak sulung mereka yang mesra dikenali sebagai Ali.

Bukan itu saja, Saharul Ridzwan dan isteri juga bakal menimang cahaya mata kedua mereka tidak lama lagi selepas isterinya kini sedang hamil dan perkara berkenaan juga telah dikongsikan pasangan ini pada Oktober tahun lalu, Nampaknya, tidak lama lagi keluarga ini bakal berempat.

Menerusi perkongsian terbaru, Saharul Ridzwan memberitahu isterinya kini sedang hamil 5 bulan. Lucunya pula, pelakon ini ada berkongsikan satu foto yang membuatkan bukan peminat dan pengikut saja tertawa malah rakan selebriti terkenal juga.

Manakan tak, ujar Saharul Ridzwan pada mulanya dia perlu meminta kelulusan isteri jika ingin memuat naik foto namun isteri pula merasakan dirinya kini kelihatan berisi kerana sedang hamil.

Oleh sebab itu, Saharul Ridzwan bertindak mengedit foto terbaru bersama isteri dan anak untuk membuatkan isterinya kelihatan kurus. Foto itu bagaimanapun meraih perhatian ramai sehinggakan dia juga menerima lebih 300 komen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila nak upload gambar, kena dapat kelulusan bini dulu. Dia kata badan nampak berisi. 🤦🏻‍♂️ Kan tengah pregnant 5bulan 😒. Okay kita editkan dia bagi nampak slim ye sayang ❤️🤣

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

“Bila nak upload gambar, kena dapat kelulusan bini dulu. Dia kata badan nampak berisi. Kan tengah pr3gnant 5 bulan. Okay kita editkan dia bagi nampak slim ye sayang.”

Memang nampak sangat pelakon ini mengedit foto berkenaan, patutlah ramai terhibur dan ini pula antara reaksi selebriti terkenal terhadap pelakon ini.

Reaksi rakan selebriti

Peminat juga terhibur

Sumber:  HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Saharul Ridzwan edit foto sebab isteri kata badan nampak berisi cuit hati selebriti lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*