Koronavirus: Agong Titah Semua Masjid Seluruh Negara Adakan Solat Hajat

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan Allah SWT supaya memelihara rakyat daripada sebarang p3nyakit yang tidak diingini.

Memetik laporan Bernama, penganjuran ini berikutan peningkatan penularan w4bak 2019 Novel Koronav1rus (2019-nCoV) di China dan negara-negara lain termasuk Malaysia.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, Baginda sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan w4bak itu serta amat prihatin dan bimbang dengan keselamatan diri rakyat Malaysia yang berada di dalam serta luar negara susulan j4ngkitan 2019-nCoV.

“Seri Paduka menyeru kepada rakyat untuk memperbanyakkan doa agar Malaysia dan dunia dilindungi daripada w4bak berkenaan serta memudahkan pihak-pihak berkuasa tempatan dan di kawasan-kawasan terjejas menangani gejala w4bak ini.

“Semoga situasi kehidupan insan dapat dipulihkan seperti sedia kala,” kata beliau kepada Bernama.

Baginda turut mengulangi nasihatnya supaya rakyat sentiasa mendapatkan perkembangan dan maklumat terkini mengenai w4bak 2019-nCoV hanya daripada saluran-saluran rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) dan agensi kerajaan serta media arus perdana.

Seri Paduka juga sekali lagi menyeru kepada rakyat untuk sentiasa mengikuti nasihat dan saranan langkah pencegahan dan amalan kesihatan seperti yang digariskan KKM.

Terbaru, China mencatatkan angka kem4tian sebanyak 106 orang dengan pertambahan k3spositif dijangkiti v1rus baharu itu sebanyak 4,428 orang.

Sumber: GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Koronavirus: Agong Titah Semua Masjid Seluruh Negara Adakan Solat Hajat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*