Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung der1ta 9 tahun… diej3k sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka samp4h”

SEMBILAN tahun menanggung der1ta akibat ketidak sempurnaan gigi depannya, gadis jelita ini akhirnya menarik nafas lega dengan transformasi yang berlaku.

Menurut Nurin Afiqah Zulkfli, 24, dia sudah melalui pelbagai episod duka sejak di bangku sekolah sehinggalah ke insitusi pengajian tinggi disebabkan keadaan giginya itu.

Selain diej3k dan dih1na, dia juga menjadi m4ngsa bvli sehingga menyebabkan dia kurang berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Saya ada komplikasi dari sekolah rendah lagi. Jadi ayah decided untuk buat perubahan. Saya pakai braces dari umur 13 tahun.

“Sepanjang sembilan tahun, saya lalui tiga pembed4han besar dan dua pembed4han kecil kerana gigi saya tertanam dalam gusi.

“Namun semuanya berubah apabila keadaan gigi saya dapat dikembalikan seperti asal pada 2018. Sejak itu, semangat saya lain macam. Memang berubah hidup ini,” ujarnya kepada mStar.

 

Nurin sudah menjalani lima pembed4han untuk merawat giginya.

Mesra disapa Nurin, dia turut memperincikan episod hitam dalam hidupnya yang teruk dibvli sehingga ada yang sanggup mewujudkan ‘Kelab Anti Nurin’ gara-gara kekurangan rupa-parasnya pada waktu itu.

Tambahnya, dia bagaimanapun enggan berdend4m sebaliknya mahu memanfaatkan perubahan hidupnya pada hari ini bagi memberi inspirasi kepada wanita di luar sana.

“Saya memang dikutvk, dibvli, diej3k dan difitn4h. Orang cakap saya muka samp4h. Ada yang gelar gigi tak siap, pagar tak siap dan sebagainya.

 

Nasihat saya, janganlah terlalu dengar cakap-cakap orang. Kata-kata itu tak bawa kita kemana-mana pun

NURIN AFIQAH ZULKIFLI

JURULATIH ZUMBA

“Ada kumpulan pelajar di sekolah buat ‘Kelab Anti Nurin’ dan tiada kawan yang pertahankan saya. Tapi pada saya, walaupun bersendirian, kita boleh atasi hal itu.

“Kena pandai usaha. Kita tak boleh betulkan mulut orang, apa kita boleh buat ialah perbaiki diri sendiri.

“Nasihat saya, janganlah terlalu dengar cakap-cakap orang. Kata-kata itu tak bawa kita kemana-mana pun,” ujarnya lagi.

Nurin kini sibuk menguruskan perniagaan fesyen dan makanan.

Kini, Nurin mengakui hidupnya cukup bahagia dan dia mahu orang lain turut merasai hal sama.

Selain sibuk menguruskan perniagaan fesyen dan makanan, dia juga masih lagi bekerja sebagai jurulatih zumba.

Dalam pada itu, perkongsian kisah Nurin mengenai giginya menerima hampir 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Nurin sebelum ini pernah mendapat liputan mStar sekitar Ogos tahun lalu setelah video dia menari zumba dalam koc Transit Aliran Masa (MRT) menjadi tular.

Sumber : SINAR VIRAL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Kerana gigi, jurulatih zumba tanggung der1ta 9 tahun… diej3k sampai ada Kelab Anti Nurin -“Orang cakap saya muka samp4h”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*