‘Malaysia Mesti Ada Buat Benda Tak Baik Ni’ – ‘Pendirian’ Zed Zaidi Tentang Kor0nav1rus Dik3cam Netizen

Penularan w4bak koronav1rus di Malaysia telah menimbulkan rasa risau dan kurang senang dalam kalangan rakyat negara ini. Meskipun begitu, dapat dilihat banyak penyebaran maklumat palsu dan tidak tepat dilakukan individu tertentu bagi menambah rasa panik kepada masyarakat.

Terbaru, Presiden Seniman, Zed Zaidi telah dikecam teruk oleh netizen di laman Twitternya selepas memuat naik satu status berkaitan w4bak koronav1rus yang kini telah tersebar di Malaysia. Status tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen malah mereka menganggap selebriti itu menyebarkan maklumat palsu dan tidak tepat.

Mesti Malaysia ada buat benda tak baik

Menerusi status yang dimuat naik bekas pelakon drama Sembilu itu, Zed menyatakan bahawa situasi di negara ini juga sudah tidak selamat apabila rakyat Malaysia terpaksa memakai penutup muka sepanjang masa bagi mengelak dari dijangkiti inflvenza dan w4bak koronav1rus ketika ini.

Dia juga seolah-olah mengatakan bahawa Malaysia telah membuat sesuatu perkara yang tidak baik sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai p3nyakit di negara ini.

Tidak terhenti di situ sahaja, di dalam tweet yang dibuat olehnya itu, Zed juga turut menyertakan foto mengenai ‘berita’ kononnya hanya Malaysia yang tidak menghalang kemasukan rakyat China ke negara ini berbanding kebanyakan negara luar lain.

Pertikaian timbul dalam kalangan netizen apabila mereka menyifatkan bahawa berita tersebut adalah palsu dan telah diedit menggunakan satu aplikasi.

Netizen ‘ajar’ Zed


Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tweet yang dibuat selebriti itu sambil turut meminta agar dia segera memadam posting tersebut kerana tidak sahih dan mencemarkan kredibilitinya sebagai artis dan presiden Seniman.

Sumber: OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Malaysia Mesti Ada Buat Benda Tak Baik Ni’ – ‘Pendirian’ Zed Zaidi Tentang Kor0nav1rus Dik3cam Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*