“Benda busuk tu bau sampai sekarang” – Pensyarah s4kit lepas pulang ke Malaysia, koronav1rus imbau mimpi ng3ri 3 bulan di China

PENULARAN wab4k koronav1rus yang membimbangkan ternyata mengimbau kenangan lampau seorang pensyarah sewaktu berkhidmat selama tiga bulan di China pada 2016.

Menurut M Hafiz Ostmann, dia yang mengajar subjek bahasa Jerman di sebuah universiti di wilayah Henan mengakui pengalaman di sana diibaratkan sebagai mimpi ng3ri kerana ia jelas cukup berbeza dengan budaya negara kita.

“Memori masih segar, trauma… benda busuk tu bau sampai sekarang. Saya sangat terkejut, saya nak balik tapi terikat dengan kontrak.

“Saya cukup mar4h bila balik Malaysia. Tak sangka macam tu sekali. Balik Malaysia saya jatuh s4kit, doktor kata dapat dari sana.

“Rasa nikmat bila habis kontrak tu. Di sana, tak rasa macam manusia. N4jis bersepah dalam tandas. Macam tak ada deria geli,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Terdahulu, kisah Hafiz turut menjadi tular setelah dia berkongsi mengenainya menerusi nukilannya di laman Facebook.

Sebahagian perkongsian pensyarah itu di Facebook.

Dalam posting berkenaan, dia mengaku tidak hairan kenapa negara China dilanda wab4k koronavius memandangkan sikap segelintir penduduk di sana yang peng0tor.

“Tong sampah main campak sahaja. Di situlah makanan, di situlah kertas. Di situ juga tuala wanita. Boleh nampak kotor dar4h ha1d di situ.

“Lepas tu kalau dalam kelas saya rasa nak termunt4h bila sesi soal jawab. Sebabnya bila sesi soal jawab mereka masing-masing angkat tangan. Maka terserlah bulu ketiak yang panjang dua tiga depa mengalahkan berus lukisan abstrak, boleh dipintal umpama tali kapal.

 

Mereka ni suka korek hidung depan-depan. Tak ada rasa segan silu. Dia melombong tu satu macam. Kita tengok rasa j1jik.

M HAFIZ OSTMANN

PENSYARAH

“Dari segi pemakanan, pasar mereka juga ada jual macam-macam seperti serangga, kuda laut panggang dan sebagainya,” ujarnya yang menceritakan sikap segelintir rakyat negara itu yang suka melud4h merata-rata termasuk di dalam bas.

Dari segi pelajaran pula, Hafiz tidak mempunyai masalah dengan pelajar negara itu kerana mereka mendengar kata dan ada kerajinan dalam membuat kerja, ujarnya yang sudah mengajar bahasa asing sejak 2009.

Antara perkara lain yang dikongsikannya menerusi nukilan berjudul ‘Tali Kapal’ di Facebooknya termasuklah sikap orang di sana yang selamba mengorek hidung di tempat terbuka.

Penularan koronav1rus membuatkan Hafiz terimbas pengalamannya di negara China pada tahun 2016.

“Mereka ni suka korek hidung depan-depan. Tak ada rasa segan silu. Dia melombong tu satu macam. Kita tengok rasa jijik,” ujarnya.

Posting Hafiz di Facebook miliknya ternyata menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 40,000 tanda suka.

Ia bagaimanapun dipadam selepas penilaian pihak Facebook menyatakan ia melanggar kod amalan laman sosial berkenaan.

Selain Facebook, paparan skrin posting itu turut ditularkan oleh individu lain di laman Twitter.

Sumber : Mstar/Sinar Viral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Benda busuk tu bau sampai sekarang” – Pensyarah s4kit lepas pulang ke Malaysia, koronav1rus imbau mimpi ng3ri 3 bulan di China"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*