“Adakah Kerana D0sa-D0sa Saya Dapat S4kit Ini,” – Mak Jah Rupanya H1dap K4nser Rahim, Jaga Cucu 0KU & Perlu Tebus Barangan Kemas RM17k

Menerusi laman Youtube Datuk Seri Aliff Syukri, penyanyi dan usahawan ini berkongsi cerita di sebalik dvka pelakon senior, Maimunah Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mak Jah.

Pelakon berusia 72 tahun ini meluahkan kesedihan apabila pertama kali disahkan meng1dap k4nser Rahim. Pada mulanya dia mempersoalkan apa kesalahan yang telah dilakukan sehingga mendapat ujian maha berat dari Yang Esa, namun dia pasrah.

Apabila Mak Jah tahu mengidap kanser, pandangan terus gelap. Dalam fikiran sewaktu itu, jika kanser akan m4ti cepat. Di mana saya boleh dapatkan ub4t doktor? Saya masih mahu melihat anak dan cucu saya. Saya belum banyak bekalan untuk dibawa ke sana nanti. Namun doktor menasihatkan agar terus bersabar kerana saya masih di peringkat pertama.

“Adakah kerana d0sa-d0sa saya mendapat p3nyakit ini? Rasanya saya tidak pernah membuat dosa yang dil4knat tuhan. Sepanjang hidup saya, saya menjaga anak-anak, mencari rezeki siang dan malam, namun mengapa saya diuji begini? “ jelasnya.

Malah, sehingga kini dia telah membelanjakan lebih RM60,000 bagi r4watan mengub4t p3nyakit yang dialami. Sehingga kini, pajakan barang kemas masih berbaki RM17,000 dan belum ditebus.

Saya jangkakan kos perub4tan dalam RM20,000 hingga RM30,000 namun rupanya lebih daripada itu. Saya berhabis lebih RM60,000 termasuk barang kemas yang masih belum ditebus sekitar RM17,000.

“Saya tidak mahu menyusahkan anak-anak kerana mereka juga punya tanggungjawab terhadap keluarga. Saya tidak pernah meminta kepada anak-anak apatah lagi orang luar. Namun apabila jadi begini, apakan daya.

“Namun saya sedih dengan kata-kata yang dilemparkan mend4kwa saya meminta sedekah. Saya tidak meminta sedekah dan tidak meraih simpati,” jelasnya tidak mampu menahan tangisan.

Wanita ini turut menjaga seorang cucunya, Erin, kanak-kanak istimewa. Kata Mak Jah, cucunya terkena s4wan sewaktu berusia enam tahun dan sejak daripada itu, percakapan dan pemikirannya terbatas.

“Sewaktu berusia enam tahun cucu saya terkena sawan, sejak daripada itu dia sering bercakap dan ketawa seorang diri. Kadang kala bila kami berdua di rumah, saya selalu berborak dengannya. Jika wan tiada, macam mana dengan adik. Namun katanya, jika saya m4ti, dia pun akan m4ti bersama,” katanya lagi.

Selain itu, pelakon senior ini berkongsi aktiviti yang dilakukan setiap hari bagi melengkapkan hidup di penghujung usia sebagai umat Islam. Jelasnya, setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah atau pusat Rehat Dan Rawat (RnR), dia akan membawa balik telekung di surau, mencuci dan memulangkannya kembali.

Selalunya saya akan mengambil telekung yang kotor di pusat membeli belah atau RnR dan tinggalkan telekung yang bersih. Inilah amal jariah yang boleh dilakukan pada usia begini,” jelasnya yang menetap di PPR Laksamana Jalan Peel Kuala Lumpur sejak 2006.

Pelakon ini bagaimanapun disahkan bebas daripada k4nser sejak April tahun lalu selepas tiga tahun menanggung derita.

Sumber : MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Adakah Kerana D0sa-D0sa Saya Dapat S4kit Ini,” – Mak Jah Rupanya H1dap K4nser Rahim, Jaga Cucu 0KU & Perlu Tebus Barangan Kemas RM17k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*