Dua Tahun Kerja Ubahsuai Rumah Tak Siap, Che Ta M4ki H4mun Kontraktor Melayu Larikan Diri

Setiap manusia mempunyai tahap kesabaran yang berlainan. Namun, siapa yang mampu menahan perasaan apabila kontraktor yang diupah did4kwa gagal untuk menyiapkan projek pengubahsuaian.

Menerusi Instagram Rozita Che Wan, pelakon itu memberitahu bahawa rumah banglo miliknya masih belum disiapkan sedangkan ianya sudah dua tahun. Lebih menyedihkan, kontraktor tersebut turut lari menghilangkan diri.

Kesian Aaisyah

Menerusi laporan Berita Harian, Che Ta memuat naik dua video melalui Instagram (IG) Story yang menunjukkan projek pengubahsuaian banglo miliknya di Damansara, Petaling Jaya, tidak siap. Tambahnya, dia sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk projek pengubahsuian itu.

Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap. Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. Bukan hendak  memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main. Saya lantik kontraktor ini atas saranan teman. Nampaknya, kadang-kadang, cadangan kawan pun tak boleh pakai.

Sudah puas menghubungi

Isteri kepada Zain Saidin itu turut meluahkan perasaan kecewa kerana kontrakor tersebut tidak menjawab panggilannya. Di samping itu, Rozita memaklumkan bahawa 10 Januari lalu sepatutnya semua pengubahsuaian telah disiapkan.

Bayangkanlah, kalau tak bayar duit, kerja tak jalan. Apabila kita bayar, sikit-sikit minta wang lagi. Mungkin mereka guna duit tidak betul sehingga kerja jadi tergendala. Peruntukan membayar pekerja dan membeli bahan binaan juga mungkin kehabisan. Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja.

Saya diberi bermacam-macam alasan seperti seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain. Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain.

Sumber:  OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Dua Tahun Kerja Ubahsuai Rumah Tak Siap, Che Ta M4ki H4mun Kontraktor Melayu Larikan Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*