Gementar, tapi bahagia…

“TAK sangka video itu tular, saya sebak apabila mengetahui ramai yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami,” kata orang kurang upaya (0KU) pendengaran, Muhammad Faiz Abd Aziz.

Muhammad Faiz, 22, memberi reaksi itu ketika ditanya wartawan Harian Metro mengenai video akad nikahnya yang tular di laman sosial, baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 39 saat itu, Muhammad dilihat menggunakan bahasa isyarat sebagai ganti lafaz akad nikah ketika majlis di Felda Palong 15, Jempol di Negeri Sembilan, 25 Januari lalu.

Sebagai reaksi terhadap penularan video itu, rata-rata warganet kagum melihat kelancaran Muhammad Faiz menggunakan bahasa isyarat, malah ada juga sebak menonton video yang sehingga kini meraih lebih 580,000 tontonan.

Berkongsi detik ketika hari bahagianya itu, Muhammad Faiz mengakui gementar sebelum majlis akad nikah bermula kerana tidak yakin dapat melakukannya.

“Walaupun sudah biasa berkomunikasi dengan bahasa isyarat, akad nikah pengalaman berbeza hingga saya sangat gementar tetapi bersyukur kerana dibantu Cikgu Duzimah (guru sekolah) yang menjadi jurubahasa ketika itu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya lega kerana dapat melakukannya sekali saja ,” katanya yang membalas pertanyaan wartawan Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp.

PASANGAN 0KU pendengaran, Muhammad Faiz dan Nur Farahin selamat disatukan sebagai suami isteri pada 25 Januari lalu

Berkongsi kisah percintaan, Muhammad Faiz berkata, dia berkenalan dengan isterinya, Nur Farahin Zamri, 24, sejak di bangku sekolah lagi, kira-kira lapan tahun lalu.

Menurutnya, antara faktor yang membuatkan mereka serasi bersama adalah kerana mempunyai kec4catan sama iaitu masalah pendengaran.

“Kebetulan, saya dan isteri ada masalah pendengaran, jadi persamaan itu membuatkan kami lebih memahami serta menerima satu sama lain dengan seadanya.

“Malah, bukan saja kami tetapi ibu bapa satu sama lain juga mempunyai masalah pendengaran jadi tidak timbul masalah di situ.

“Cuma, ramai salah sangka dan menganggap saya dan isteri b1su sedangkan kami hanya tidak dapat mendengar,” katanya yang bekerja sebagai tukang gunting rambut sambilan dan menjual alat ganti kereta.

PASANGAN OKU pendengaran, Muhammad Faiz dan Nur Farahin selamat disatukan sebagai suami isteri pada 25 Januari lalu

Sumber: METRO

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Gementar, tapi bahagia…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*