‘Netizen Hanya Tahu Meng3cam’ – Bella Bakal Rujuk Bersama Aliff Aziz?

Walaupun pelbagai kontr0versi melanda bekas suami, Bella Astillah nampaknya masih mampu untuk menerima semula kehadiran Aliff Aziz di dalam hidupnya. Menerusi Berita Harian, Bella beranggapan keputusan yang bakal dilakukannya itu atas kebaikan bersama untuk membesarkan cahaya mata mereka Ayden.

Tak pernah bermvsuh

Sebenarnya, sejak berpisah Mei lalu, kami tidak pernah bermvsuh… Semuanya demi anak kami, Mohamad Ayden Adrean.

Saya tidak pernah membenci Alif. Cuma saya lihat perpisahan kami banyak mengajar Aliff dan mematangkan dirinya.

Saya bukan hendak membvktikan kepada masyarakat dia sudah berubah. Bagi saya, asalkan dia sayang dan ambil berat mengenai anak sudah memadai.

Menurut Bella, keputusan yang bakal dibuat itu akan dibincangkan bersama keluarga masing-masing. Dia mengakui bahawa dia sedia untuk menerima Aliff dengan hati yang terbuka. Mereka berdua bakal membuat pengumuman secara terbuka apabila tiba waktu yang sesuai.

Besarkan anak bersama

Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka.

Apatah lagi, Ayden sangat rapat dengan Aliff. Setiap kali berpisah dengan Aliff, dia akan menangis. Ini membuatkan hati saya remuk setiap kali pulang dari menjenguk Aliff di Singapura

Tambahnya lagi, keputusan yang bakal dibuat ini adalah untuk kebaikan anak mereka bersama. Anaknya kerap menangis selepas mereka berpisah dan ini menguatkan lagi perasaan untuk kembali ke pangkuan Aliff bagi membesarkan anaknya yang semakin meningkat usia.

Netizen hanya tahu meng3cam

Netizen hanya tahu meng3cam yang negatif. Mereka tidak nampak dari sudut positif terutama untuk kebaikan Ayden.

Mereka hanya tahu menyuruh saya supaya mencari lelaki lain atau yang lebih baik.

Tetapi kita tidak tahu nasib pada kemudian hari jika memilih lelaki baharu. Lagipun, dalam keadaan sekarang, saya hanya mahu fokus kepada membesarkan anak. Manalah sempat hendak memikirkan soal pengganti.

Bella turut menegaskan bahawa netizen hanya tahu mengecam tindakannya bersama Aliff dan menyuruhnya untuk mencari jejaka lain bagi menggantikan bekas suaminya itu. Baginya, dia hanya memikirkan soal anak dan sifat peribadi Aliff yang ramai tak tahu.

Sumber: OHBULAN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Netizen Hanya Tahu Meng3cam’ – Bella Bakal Rujuk Bersama Aliff Aziz?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*