“Sistem Diberhentikan, Saya Hanya Dapat Bekalan Mi,” – Pelajar Malaysia Di Wuhan Dedah Pend3ritaan

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti  Geoscience China di Wuhan, meluahkan rasa bimbangnya apabila sudah lebih seminggu tidak keluar daripada asrama universiti tersebut.

Menerusi laporan Astro Awaani, Ivan Yeo Zhi Yu, anak kelahiran Bintulu, Sarawak menjelaskan bekalan makanan di sana agak terhad.

Menurutnya, meskipun ada bekalan makanan dihantar oleh Kedutaan Malaysia, namun pelajar Malaysia perlu patuh dengan beberapa larangan ditetapkan buat masa ini.

“Tiada pilihan lain, saya terp4ksa meredah bandar demi mendapatkan bekalan makanan seperti mi segera.

“Kedutaan Malaysia di China ada hantar bekalan makanan kepada kami. Tapi sistem penghantaran pada ketika ini telah dihentikan,” katanya.

Jelasnya, pihak penguatkuasa juga menyekat kemasukan produk dari luar kerana ia melibatkan penularan v1rus sebagainya.

“Buat masa ini tidak ada barangan luar dibenar dibawa masuk ke dalam asrama kami.

“Ada antara kami yang berjaya dapatkan bekalan makanan. Saya masih di dalam bilik asrama sejak seminggu lalu.

“Hari ini saya keluar untuk mendapatkan bekalan makanan daripada kedai. Saya hanya dapat bekalan mi.

“Saya berharap kami dapat pulang ke Malaysia dan tinggal di h0spital. Asalkan di tanah air sendiri,” ujarnya.

Ivan merupakan antara 78 rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China.

Mereka terdiri daripada pelajar, golongan profesional serta ahli keluarga mereka.

Sumber: Astro Awani/GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Sistem Diberhentikan, Saya Hanya Dapat Bekalan Mi,” – Pelajar Malaysia Di Wuhan Dedah Pend3ritaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*