“Kesian Ibu Tinggal Seorang” – Demi Jaga Ibu, Anding Sanggup Ulang-Alik Sarawak Ke KL

Penyanyi dan pelakon Anding akui sudah menetap di Sarawak demi menjaga ibunya, Juncy Abdullah, 62, sejak tahun lalu.
 
Menurut Anding, dia kini berulang-alik dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk menjayakan teater Semarak Pertiwiku.
 
“Dah hampir setahun duduk di Sarawak dan berulang ke Kuala Lumpur untuk kerja. Bagi saya tak ada masalah pun sebab sebelum ini pun pernah buat perkara yang sama sewaktu arw4h bapa saya s4kit.
 
“Memang dah lama simpan niat untuk pulang kerana ibu saya tinggal seorang selepas bapa men1nggal.
 
“Kesian pula dekat ibu, jadi sebab itu saya memang tunggu peluang untuk menetap dan bekerja di sana. Kini saya bersama dengan RTM Sarawak dan mengendalikan program siaran langsung, Kuppa Kopi selaku hos.

 
“Saya rasa tak rasa akan menjadi kekangan buat saya untuk teruskan bidang seni, walaupun menetap di sini saya masih lagi ada tawaran berlakon. Sebenarnya tidak kira di mana anda berada, jika ada rezeki maka adalah,” ujarnya ketika ditemui Gempak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Today is the day!! Semarak Pertiwiku show 1..It is the first musical in IB for the year 2020..It feels good to be back on this stage..Dear self,break a leg!! #semarakpertiwiku

A post shared by Anding Indrawani (@andingindrawani) on

Mengulas mengenai cabaran bekerja diluar kawasan, Anding berkata masa banyak dihabiskan untuk perjalanan pergi dan balik.
 

“Saya kena berada di Sarawak setiap hari Selasa untuk program live manakala latihan teater pula di Istana Budaya, jadi setiap minggu kena ulang-alik.
 
“Memang agak mencabar jugalah untuk saya, penat dari segi travel sahaja lah sebab perjalanan pergi dan balik juga memerlukan tenaga.
 
“Banyak masa dan tenaga habis di situ sahaja, tapi apa pun saya tak kisah dah namanya rezeki. Yang penting kita buat sehabis baik,” jelasnya.

Teater muzikal Semarak Pertiwiku adalah projek kerjasama SPRM, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Istana Budaya.
 
Semarak Pertiwiku berkisarkan tentang kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan. Disebabkan itu, tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega.
 
Bermula semalam, orang ramai boleh menonton teater muzikal arahan Muhammad Azri Azli secara percuma dalam dua slot hari ini, 3.30 petang dan 8.30 malam di Panggung Sari, Istana Budaya

Sumber: GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Kesian Ibu Tinggal Seorang” – Demi Jaga Ibu, Anding Sanggup Ulang-Alik Sarawak Ke KL"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*