Penyanyi Ifa Raziah mengakui rasa t4kut apabila memakai barang kemas bernilai RM3.5 juta sehinggakan terpaksa mengupah tiga orang pengawal untuk memastikan keselamatannya ketika menjalani penggambaran muzik videonya baru-baru ini.
Ifa Raziah berkata kesemua pengawal tersbeut dilengkapi dengan pistol untuk pastikan keselamatannya. Ifa berkata dia tidak menyangka diberi kepercayaan oleh Ceres Jewels untuk menyarung set aksesori dari batu permata asli bernilai jutaan ringgit itu.
“Jujur saya takut ketika menyarungkan semua tu atas badan. Disebabkan itu, pihak saya telah menyediakan tiga orang bodyguard lengkap dengan pistol untuk keselamatan.
“Bodyguard tersebut ditugaskan untuk mengiringi barang kemas Ceres Jewels sepanjang penggambaran muzik video berlangsung,” katanya.
Berkongsikan mengenai muzik video lagu terbarunya Miss Diva, Ifa berkata dia dijelmakan sebagai ratu jahat Queen Ravenna. Ifa akui sangat gementar sewaktu penggambaran kerana risaukan barang kemas harga jutaan ringgit itu.
“Miss Diva ni watak dia sama macam Queen Raveena, dia tak mahu wanita lain menandingi kejelitaannya sebab dia rasa dia yang paling meletup dan terpaling hebat.
“Tapi dalam pada duk gementar sebab risaukan barang kemas juta-juta tadi, lepas pakai je tiara terus watak ratu jah4t ‘mer4suk’ diri. Manakan tidak, harga tiara tu je pun dah RM3 juta…Batu berlian ori tau!,” katanya.
Sumber : rotikaya
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "“Tak0t Pakai Barang Kemas RM3.5 Juta,” Ifa Raziah Upah 3 B0dyguard"