‘Ambil T1ndakan Susulan, Lapor Konsulat’ – Agensi Umrah Respon Isu K0ntroversi Usahawan Kosmetik

Bertanggungjawab mengendalikan pakej umrah yang melibatkan seorang usahawan kosmetik, sebuah agensi pelancongan mend4kwa sepanjang perlepasan semua mengikut garis panduan yang ditetapkan tetapi sebaliknya berlaku apabila tiba di Mekah. Hal ini berikutan tular gambar usahawan kosmetik tersebut berjubah lelaki di lapangan terbang, namun bertelekung perempuan ketika solat.

Menerusi laporan Harian Metro, pihak pengurusan agensi tersebut sudah mengambil t1ndakan dan nasihat melalui Mutawwif yang bertugas di sana.

Sebaliknya berlaku apabila di sana

Melalui satu kenyataan, agensi umrah itu dilaporkan sudah merujuk hal ini kepada Konsolat Malaysia di Jeddah Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya. Tambahnya, semasa pendaftaran kumpulan tersebut, pelanggan sudah dimaklumkan bahawa akan terdapat perbezaan pengurusan dan tatacara hukvm hakam umrah dan ziarah sepanjang trip mereka (termasuk adab dalam beribadah).

Kumpulan umrah khas oleh keluarga Nur Sajat dan rakan perniagaannya itu disertai sembilan orang iaitu tujuh dewasa dan dua kanak-kanak bersama seorang Mutawwif bermula 28 Januari lalu hingga 7 Februari ini.

Lokasi kembara adalah Madinah, Makkah dan Jeddah menggunakan visa pelancong.

Apa yang berlaku di luar jangkaan

Malah, pihak pelanggan mengakui faham berikutan status jantina yang mungkin akan menyentuh sensitiviti ramai pihak.

Oleh itu, pihaknya mengambil langkah yang penuh berhati-hati bermula penyusunan dokumen untuk pemprosesan visa, kursus pemantapan umrah khas dan sehinggalah soal yang menyentuh perihal ibadah sepanjang berada di sana (Makkah).

Atas nasihat awal pihaknya itu, pihak pelanggan bersetuju untuk mematuhi serta menghorm4ti pandangan umum dengan tidak sesekali memaparkan sebarang bentuk v1sual kepada khalayak umum berkaitan hal yang boleh menyebabkan berlakunya salah tafsir.

Namun apa yang terjadi ini adalah di luar jangkaan kami dan mengharapkan semua pihak jelas akan hal ini.

Kumpulan itu juga telah dinasihatkan agar tidak mensensasikan ibadah umrah kepada umum melalui media sosial. Hal ini kerana mereka khuatir akan timbul ketidakselesaan masyarakat Muslim.

Sumber : Harian Metro/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Ambil T1ndakan Susulan, Lapor Konsulat’ – Agensi Umrah Respon Isu K0ntroversi Usahawan Kosmetik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*