Kini Bergelar Isteri Juruterbang, Mimie Haris Kongsi Foto Indah Majlis Resepsi Perkahwinan

Pengacara, Mimie Haris kini telah sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir.

Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris melangsungkan majlis pernikahan di Royale Place, Shah Alam pada Ahad.

Di samping itu, majlis pernikahan turut dihadiri oleh rakan selebriti Fatin Afeefa, Ika Nabella dan Anis Al-Idrus sebagai pengapit kepada pengantin perempuan.

Dalam pada itu, menerusi entri terkini Mimie di Instagram, pengacara rancangan CJ WOW SHOP ini turut berkongsi momen ketika melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di The Venue, Shah Alam.

Majlis resepsi tersebut diraikan dengan penuh meriah bersama keluarga dan rakan selebriti.

Terdahulu, Mimie pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015.

Walau bagaimanapun, pasangan ini bercerai pada Ogos 2016

Foto: Instagram Mimie Haris

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Kini Bergelar Isteri Juruterbang, Mimie Haris Kongsi Foto Indah Majlis Resepsi Perkahwinan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*