Inilah yang dikatakan simbol pertautan antara UMNO dan PAS.
Memetik status dimuatnaik Pensyarah Senior Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Yusoff berkata berabad lamanya Besut, khasnya Hulu Besut, menjadi satu kawasan yang cukup panas dalam hubungan antara UMNO dan PAS di Terengganu.
Katanya tetapi kini sejak termeterainya jalinan Muafakat Nasional antara kedua-dua buah parti, hubungan antara UMNO dan PAS sudah menjadi semakin mesra.
Trending plak pernikahan Muhammad Al Naim dengan Nor Azian Yan.. Sampai ada yg kata naim ni timb.ketua PAS Besut…
Posted by Syed Ehsan on Sunday, February 2, 2020
“Malah, seorang orang kuat Pemuda PAS dari Darau dan seorang Ketua Puteri UMNO Hulu Besut dari Bukit Mali, kedua-duanya di Hulu Besut, sudah pun diijabkabulkan” katanya.
Yang pasti perkahwinan antara Mohd Al-Naim Mohd Noor dan Nor Azian Noordin ini adalah contoh betapa intimnya pertalian antara UMNO dan PAS sekarang.
Semoga hubungan antara kedua-kedua pasangan mempelai seperti juga hubungan antara UMNO dan PAS akan dirahm4ti dan berkekalan hendaknya.
Tahniah dari kami di The Malaya Post buat kedua-dua mempelai. Selamat Pengantin Baru. –THE MALAYA POST
Sumber : https://www.themalayapost.my/Slamber Media
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Oh Media
Be the first to comment on "Muafakat Nasional PAS-UMNO di zahirkan akar umbi melalui ikatan perkahwinan"