‘Lari’ Panjat Pagar Dis3rbu S4mseng, Syed Saddiq Jelaskan Hanya Ikut Nasihat Polis

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan dih4lau balik ketika Majlis Rapat Umum ARMADA Parti Bersatu di Ulu Tiram, Johor. Menerusi video viral di laman sosial, Syed Saddiq dan beberapa pemimpin lain dilihat melarikan diri dengan melompat pagar selepas perjumpaan tersebut diganggu sekumpulan lelaki.

Terbaru, Menteri Belia dan Sukan itu menjelaskan sebab mengapa beliau terp4ksa mengambil t1ndakan sedemikian.

Tak mahu apa-apa konfrontasi

Astro Awani melaporkan Syed Saddiq terpaksa menggunakan jalan belakang untuk mengelakkan diri daripada diserang sekumpulan individu sekitar 200 orang. Katanya lagi, dia hanya akur dengan nasihat polis dan penganjur yang berada di tempat kejadian ketika itu.

Pihak penganjur dan polis berada di sana ketika itu, dan memberitahu jika kami berdepan dengan mereka (kumpulan berkenaan), situasi akan jadi lebih bvruk.

Jelas sekali kami tidak mahu ada apa-apa konfrontasi kerana ia boleh membawa kepada ser4ngan fizikal dan itu adalah perkara terakhir yang kami mahu berlaku.

Jadi kami menggunakan laluan lain, yang membawa kami ke kawasan hutan.

Selain dirinya, Exco Negeri Melaka, Rafiq (Naizamohideen) dan bekas Exco Negeri Johor, Mazlan Bujang, turut ada bersama menggunakan jalan tersebut.

Tak tolak d4kwaan ser4ngan dari pihak lawan

Berdasarkan apa yang diberitahu polis ketika diberikan keterangan, Syed Saddiq tidak menolak d4kwaan serangan tersebut ada kaitan dengan parti politik lawan.

Saya katakan itu selepas diberi penerangan, jadi saya berpandukan siasatan polis.

Setakat ini, pihak polis telah menahan tiga individu berumur lingkungan 30-an untuk membantu siasatan.

Sumber : Astro Awani/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "‘Lari’ Panjat Pagar Dis3rbu S4mseng, Syed Saddiq Jelaskan Hanya Ikut Nasihat Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*