“Calon Lain Tu Terkenal Ke?” – Aliff Syukri Terkilan Tak Tercalon Dalam AME2020

Selebriti dan usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terkilan apabila namanya tidak tercalon dalam sebarang kategori Anugerah MeleTOP 2020 (AME2020).

Kata Aliff, dia akui keliru dan tidak mengetahui sebab namanya tiada dalam pencalonan anugerah itu tahun ini.

“Semua orang kenal keluarga saya dan masih relevan dalam industri tetapi saya tak boleh puaskan hati semua orang.

“Sudah tentu saya terasa dan sedih, orang lain (yang tercalon) itu terkenal ke? Tetapi saya akui, saya tak boleh mem4ksa mana-mana pihak sebab siapalah saya?

“Saya rasa kurang adil tapi apakan daya takkan saya nak meraih simpati pula,” katanya kepada Gempak.

Aliff yang ditemui pada majlis pelancaran cawangan kedua kedai D’Herbs di AEON Bukit Tinggi Klang baru-baru ini memberitahu dia tidak berdepan masalah dengan mana-mana pihak.

“Saya tiada masalah dengan mana-mana pihak apatah lagi ancaman kepada sesiapa kalau masuk bertanding sekali pun. Kalau tercalon saya gembira, itu saja.

“Saya pun sebenarnya tak rasa saya popular dan tak berharap orang tengok saya, apapun tak boleh paksa orang suka saya,” ujarnya yang masih terbuka untuk bertanding dalam mana-mana anugerah akan datang.

Tahun lalu, anak keempatnya Yusoff Al Khardawi pernah memenangi anugerah Si Cilik Meletop.

Dalam perkembangan lain, Aliff menyasarkan untuk membuka sekurang-kurangnya lima cawangan D’Herbs seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

“Kami sudah ada dua buah kedai satunya terletak di Melawati Mall dan satu lagi kami pilih lokasi di Aeon Bukit Tinggi. Memang menjadi impian saya untuk mempunyai outlet D’Herbs di seluruh negara suatu hari nanti,” tambahnya.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "“Calon Lain Tu Terkenal Ke?” – Aliff Syukri Terkilan Tak Tercalon Dalam AME2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*