Dating Sambil Tunggu Anak Balik Dari Sekolah, Sweetnya Alif Satar!

Selebriti serba boleh Alif Satar mencvri perhatian wargamaya apabila berkongsi momen temujanji bersama isterinya, Shadila Halid.

Menerusi laman sosial Instagram, Alif memuat naik sekeping foto bersama isterinya di dalam kereta ketika menunggu anak mereka pulang dari sekolah untuk tatapan umum.

“Dulu dating tunggu tiket wayang, sekarang tunggu giliran ambik anak kat sekolah,” tulis Alif di ruangan kapsyen.

Malah, foto aksi manja pasangan tersebut telah menarik perhatian seorang pengikut yang bertanyakan tentang kesan gincu Shadila

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

dulu dating tunggu tiket wayang, sekarang tunggu turn ambik anak kat sekolah..♥️

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

“Baju tu tak kena kotoran lipstick ke? Haha sorry tertanya-tanya,” tanya pengikut tersebut. 

“Kena, tapi disengajakan,” respon Alif terhadap pertanyaan pengikutnya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut mengagumi pasangan ini yang meluangkan masa bersama-sama.

“Semoga Allah memberkati pasangan ini di dunia dan akhirat,” komen penyanyi Faizal Tahir

“Shuweeet!” kata pelakon Zara Zya.

“Tunggu anak balik dari sekolah pun sweetnya!” puji seroang wargamaya.

“Tak kisah apa juga situasi korang berdua, dating tu paling best,” kata seorang netizen lagi.

“Untunglah, boleh ambik anak dari sekolah sama-sama,” tulis seorang wargamaya.

Sekadar info, Alif dan Shadila berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan seorang putera Muhammad ‘Ali.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook  Oh Media

Be the first to comment on "Dating Sambil Tunggu Anak Balik Dari Sekolah, Sweetnya Alif Satar!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*